Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal November 26, 2022 @ 7:49am

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Mika dipuji oleh wargamaya dengan kata-katanya yang sentiasa memberi kesedaran untuk tidak mudah berputus asa dengan memandang rendah terhadap diri sendiri.

“Aku tak pandai lah, aku tak reti lah, aku tak boleh lah hmm.

“Belum apa-apa dah sabotaj diri, kalau tak pandai kena lah belajar sebab tu dekat dunia ada cikgu, sebab nak ajar kita lah. Apa guna ada cikgu, kalau tak boleh belajar kan? terima kasih cikgu sebab ajar kami.” ucapnya.

Dalam pada itu, telatah comel Mika berjaya memberi semangat kepada netizen yang sudah berputus asa kerana kepetahan Mika dalam berbicara telah menyentuh hati ramai pihak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja mendengar nasihat Mika dan memuji kecomelan serta kecerdikan anak kecil itu.

“Tersasul sebut dunia pun comel tau, cuteness overload.” tulis warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton hampir 407,000 tontonan dan menerima lebih 67,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 12 Mar 2024
Featured Sat, 9 May 2026

Aedy Ashraf Dedikasi ‘Tarung Unforgiven’ Buat Mereka Yang Tak Pernah Mengalah – “Untuk Mereka Yang Luka Tapi Masih Pilih Percaya”

Aedy Ashraf tampil menitipkan kata-kata penuh makna terutamanya buat mereka yang sedang berjuang untuk kehidupan masing-masing.

Hiburan Mon, 17 Nov 2025

‘Insaf’ Tonton Video Urus Jenazah, Tyra Kamaruzzaman Henti Pakai Pengilat Kuku & Eyelash Extension

Tyra Kamaruzzaman berkata keputusan untuk meninggalkannya dibuat serta-merta selepas menonton video berkenaan

Hiburan Mon, 2 Feb 2026
Hiburan Fri, 11 Oct 2024

“Banyak Gila Akaun Media Sosial Terlibat”- Rosyam Nor Buat Laporan Polis

Haa, kan dah mendapat! Kena lah berrtanggungjawab dengan apa yang anda buat.🔥🔥

Featured Tue, 10 Jan 2023
error: Content is protected !!