Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 26, 2022 @ 8:52pm

Nafi Buah Pinggang Bermasalah Akibat Ubat Kurus, Shahrulezad Kongsi Keadaan Terkini Nad Zainal – “Dah Kurang Bergantung Mesin Oksigen”

Umum mengetahui mengenai keadaan Nad Zainal yang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) gara-gara mengalami paru-paru berdarah.

Namun, tahap kesihatan Nad Zainal dimaklumkan semakin hari semakin bertambah baik melihat kepada kemas kini rakan-rakan yang melawatnya di hospital.

Terbaru, menerusi hantaran terkini pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohamedin atau dikenali sebagai Budak Ijat memaklumkan bahawa keadaan Nad bertambah baik dan semakin kurang bergantung dengan mesin oksigen.

“Alhamdulillah keadaan Nanad lebih baik dari semlam. Tapi, doktor still mahu dia di intubate lagi selagi paru-parunya belum betul-betul kuat. Alhamdulillah. Kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen pun semakin berkurang.

“Bila keadaan sesuai barulah doktor akan extubate. Abam rasa tak lama lagi kot. InsyaAllah,” kata Ijat.

Malah, Ijat turut berasa lega apabila organ penting Nad Zainal berada dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang sekaligus menegaskan bahawa buah pinggang Nad bermasalah bukan kerana ubat kurus seperti yang didakwa.

“Apa yang buat abam sangat lega ialah vital organ Nanad juga dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang beliau.

“So rumours mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus lah apa lah adalah tidak benar sama sekali.

“Problem Nanad sekarang ialah paru-paru dia yang masih dalam proses penyembuhan,” jelas Ijat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Sehubungan itu, Ijat memohon orang ramai untuk terus mendoakan Nad Zainal supaya kembali sembuh seperti sedia kala dengan segera.

Artikel Berkaitan: Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Artikel Berkaitan: Sering Kongsi Perkembangan Nad Zainal, Ungku Ismail Mengaku Sedang Kenal Hati Budi

Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Ketuai Bacaan Yassin Buat Nad Zainal, Hampir 4,500 Masuk Sesi Live

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Featured Tue, 5 Apr 2022
Trending Tue, 20 Aug 2019

Setelah 80 tahun, Utusan Malaysia bakal ditutup

Baru-baru ini, seramai 100 orang pekerja Utusan Malaysia telah mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan menuntut gaji yang tidak dibayar dari Jun hingga Ogos 2019. Utusan Malaysia yang dahulunya merupakan jentera UMNO yang menggunakan medium Utusan sebagai […]

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Kenapa Perlu Bersangka Buruk? Tak Takut Dengan Fitnah?” – Sherry Ibrahim

Sherry turut menegaskan hantaran tersebut tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebut netizen

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

12 Hari Di ICU, Mamat Khalid Mula Buka Mata Buat Kali Pertama

Semoga abang Mamat Khalid sembuh seperti sedia kala

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Kata-Kata Ahmad Dhani Menerusi Surat Dari Penjara Bikin Sebak

Semoga Ahmad Dhani dan keluarga terus kuat!

error: Content is protected !!