Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 30, 2022 @ 6:09pm

Senyap-Senyap Ke Singapura, Anak Sharifah Shahirah Alami Kemalangan Bas – “Saya Tahu Dia Kemalangan Selepas…”

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mendedahkan tentang kemalangan yang menimpa anak lelakinya, Airell Zulkifli pada awal pagi Isnin.

Airell merupakan salah seorang mangsa kemalangan bas ekspress dengan treler di Kilometer 179, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Jasin, Melaka, kira-kira jam 3.30 pagi.

Dalam kejadian itu, anaknya menaiki bas tersebut dari Singapura untuk pulang ke ibu kota dan difahamkan, Airell pergi ke luar negara tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui perkara sebenar apabila melihat kesan luka pada bahagian dahi anak lelakinya itu.

“Saya tahu dia terbabit kemalangan selepas nampak ada luka di bahagian dahinya walaupun dia tutup dengan rambutnya yang panjang itu.

“Bila saya tanya, katanya jerawat, saya ketepikan rambutnya dan nampak (luka) jadi saya tanya dia dipukul dengan sesiapa ke masa tu baru dia beritahu kemalangan semasa naik bas,” katanya.

Sebelum itu, Airell ada memberitahunya akan menaiki bas pulang ke Malaysia pada pukul 11.30 malam namun tiada khabar berita sehingga ke pagi.

Kemudian, dia cuba untuk menghubungi dan meminta lokasi anaknya berada namun ditolak dan diberitahu kelewatan adalah disebabkan bas mengalami kerosakan.

“Dia kata bas rosak. Dua jam saya hubungi stesen bas tak diangkat. Lepas tu saya tanya bas rosak dekat mana dan minta lokasi dia, dia tetap tak nak beritahu. Masa tu saya dah rasa ada benda tak kena,” jelasnya.

Namun, dia bersyukur tiada kecederaan yang serius berlaku pada diri anak lelakinya itu.

“Saya sudah minta suami hantar anak pergi buat x-ray sebab risau walaupun cuma cedera ringan. Alhamdulillah keputusan x-ray semua okey,” ujarnya semasa ditemui di sidang media Inilah Suria FM di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Difahamkan, Airell berada di Singapura sejak Jumaat lalu untuk menghadiri festival animasi tanpa pengetahuan ibu bapanya dan hanya diberitahu selepas dia sudah berada disana.

Terdahulu, memetik laporan Harian Metro, seramai 16 daripada 27 penumpang termasuk warga Singapura cedera dalam kejadian itu.

Menurut Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Azman Md Dawam, dalam kejadian itu, bas ekspres terbabit merempuh belakang sebuah treler.

Katanya, semua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital menaiki ambulans dan kenderaan EMRS untuk menerima rawatan lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Terus Cipta Nama Sebagai Jurusolek Selebriti, Azmier Hisyamuqris Jadikan Pesanan Arwah Ayah Sebagai Azimat

Azmier Hisyamuqris mendedahkan kehilangan insan yang paling banyak menyokongnya itu membuatkan dunia terasa kosong seketika.

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Isu Penyampai Trofi FFM30, Produksi Astro Belum Ada Kata Putus

Kita nantikan ulasan lanjut daripada pihak produksi mengenai hal ini!

Featured Sat, 14 Feb 2026

Semarak Ketibaan Bulan Mulia… Suburkan Iman, Sebarkan Ihsan Sepanjang Ramadan & Syawal

lebih 20 rangkaian program khas sepanjang Ramadan dan Syawal 1447H/2026M yang telah dirangka secara menyeluruh

Hiburan Tue, 13 May 2025

Kisah Seram Ikonik Diangkat Ke Layar Perak… Saksikan ‘Misteri Fraser 1910’ Di Pawagam 26 Jun Ini!

Filem terbitan Millionaire Film Production Sdn Bhd ini diinspirasikan daripada sejarah sebenar kehilangan Louis James Fraser.

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

[VIDEO] AG Azmeer Bantu Pemuda Terkandas Di R&R Buat Ramai Sebak

AG Azmeer bantu pemuda terkandas di R&R motosikal rosak

Featured Tue, 11 Apr 2023

[VIDEO] Mesra Santuni Keluarga Mentua, Netizen Sepakat Fazura Wajar Jadi Isteri Contoh – “Susah Dapat Menantu Ikhlas…”

Alhamdulillah ❤️❤️ Tak semuanya diberi peluang untuk merasai kasih sayang ibu mentua. Untung Faz

Featured Tue, 24 Mar 2020

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Tampil eksklusif dan menawan pada Aidilfitri

Hiburan Wed, 18 May 2022
error: Content is protected !!