Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 30, 2022 @ 8:31pm

Susulan Kes Dadah, Farid Kamil Didenda RM5,000 & Terlepas Hukuman Penjara 9 Bulan

Berkenaan kes dadah empat tahun lalu, pelakon dan pengarah Farid Kamil terlepas daripada menjalani hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman denda sebanyak RM5,000.

Memetik laporan Harian Metro, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan selepas benarkan rayuan akhir Farid Kamil sebagai perayu untuk mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2019.

Namun, Hakim Kamaludin mengekalkan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan berdepan hukuman penjara selama enam bulan jika bayar membayar denda.

Farid telah membayar denda berkenaan.

Bukan itu sahaja, Kamaludin berkata mahkamah bersetuju dengan peguam perayu bahawa Mahkamah Majistret tidak konsisten ketika membuat pertimbangan bagi menjatuhkan hukuman kepadanya.

Malah, tiada penjelasan konkrit yang menyatakan bahawa hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan pada masa itu dan tiada aspek pemberatan seperti tiada kesalahan lampau dan sebagainya.

“Ini kerana kes-kes mahkamah menunjukkan sama ada untuk menjatuhkan hukuman penjara dan denda, mahkamah bergantung kepada fakta kes itu. Dalam kes ini, kami dapati faktanya adalah jelas dan tidak menjurus kepada kesalahan terlalu serius atau berat.

“Oleh itu, mahkamah bersetuju dengan hujah peguam perayu dan memutuskan bahawa hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi, diketepikan serta diganti dengan hukuman denda RM5,000. Dua tahun pengawasan di bawah AADK dikekalkan,” jelas Kamaludin.

Turut hadir persidangan, Hakim Datuk WIra Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk See Mee Chun.

Sehubungan itu, Farid Kamil meluahkan rasa syukur dan menganggap keputusan ini adalah yang terbaik buatnya ketika ditemui selepas membayar denda.

“Saya gembira kerana kes ini telah selesai di peringkat rayuan dan kini saya boleh fokus terhadap penggambaran filem seterusnya berjudul Anwar, yang kini berada di peringkat akhir serta bakal ditayangkan pada Februari 2023,” katanya.

Untuk info, Farid Kamil diwakili oleh peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Kee Wei Lon dan Low Wei Loke dan pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Nov 2022
Trending Thu, 19 Sep 2019

The Best Korean Food and Most ‘Seoul-tastic’ Experience in ‘Seoul Culture Showroom KL’

Kimchis, hanboks and K-Pops; Seoul Culture Showroom in Kuala Lumpur is a rendezvous for the best South Korean learning escapade.

Hiburan Sun, 3 Aug 2025
Hiburan Sat, 7 Mar 2026
Events Fri, 24 Aug 2018

Hanya Celup, Cicah Dan Rasai Keseronokkan Dunk & Dip Hanya Di KFC

Rasai kelazatan dan kenikmatan hidangan terbaharu KFC Malaysia pastinya menjilat jari dengan Celup dan Cicah! 

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

It’s Gong Xi RIUH This Weekend at the Gasket Alley

There will be a bunch of special shows too!

Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Mon, 21 Mar 2022
error: Content is protected !!