Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal May 11, 2018 @ 11:24am

Suri Rumah Kena Ada Pendapatan Sampingan!

Jangan terlampau selesa hingga tidak menyimpan semata-mata disebabkan sudah mempunyai tempat bergantung!

Itu kata Pelakon Serina Redzuawan yang menasihatkan golongan wanita supaya berdikari dengan mengukuhkan ekonomi sendiri sebagai persediaan masa depan.

“Wanita memang kena ada pendapatan sampingan. Kalau menjadi suri rumah pun, mereka perlu mengusahakan sesuatu sebagai sumber kewangan.

“Sekurang-kurangnya simpanan yang dibuat dapat meringankan beban ketika diperlukan atau tatkala berdepan musibah. Semua ini adalah pelan sokongan masa depan.

“Apabila kedudukan ekonomi kukuh, jika ditinggal suami pun, kita ada sokongan kewangan tanpa perlu meminta di sana sini. Persediaan sebegini juga untuk diri sendiri dan anak-anak,” katanya kepada BH Online.

Serina, yang menyandang status ibu tunggal dua anak sejak 1 Ogos tahun lalu, mengakui sudah biasa berdikari sejak kecil sekali gus perpisahan dengan bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh atau Salahuddin Ghaffar, membuatkannya semakin kuat. Katanya, sejak kecil dia sudah biasa berusaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa, malah berpengalaman melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari rezeki sendiri.

“Saya diduga dengan macam-macam perkara sejak kecil. Ibu bapa saya bercerai ketika umur saya dua tahun. Tetapi, saya tak anggap ia sebagai masalah dan saya tidak salahkan mereka.

“Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Saya jadikan perpecahan keluarga sebagai dorongan untuk membuktikan keupayaan diri. Kita tunjukkan kita juga boleh berjaya.

“Bapa pun tahu saya jenis kuat bekerja dan tidak suka meraih simpati. Di Instagram, orang berasa pelik sebab saya tak sudah-sudah dengan bisnes sedangkan bapa saya kaya. Selagi ada kudrat, saya tidak mahu bergantung kepadanya,” kata anak Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Aug 2021

Tiada Pengumuman Kabinet Menteri Hari Ini

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet. Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabatnya, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 3.38 […]

Featured Wed, 4 Jun 2025
Events Mon, 12 Mar 2018

Minta Padam Rakaman Bigo, Fathia Latiff Akui Kesilapan

Menjangkau usia 30 tahun, Fathia latiff mengakui dia tidak mahu lagi mengulangi kesilapan lalunya dan berharap agar mana-mana pihak yang telah memuat naik video tariannya di laman Bigo sebelum ini agar memadam video tersebut

Featured Sat, 15 Jun 2024
Featured Thu, 16 Jun 2022

#SeoulSaranghae: BTS ‘Hiatus’, Mahu Fokus Projek Solo

Tak kan lah ‘Hiatus’ kannnnn…. Mau menangis hakak!

Filem Fri, 2 Jun 2023
Events Wed, 25 Jun 2025

Pemenang Dua Anugerah Di 20th BOH Cameronian Arts Awards ‘Persiapan Seorang Aktor’ Kembali Dipentaskan di PJPAC Julai Ini

Pemenang dua anugerah di 20th BOH Cameronian Arts Awards bagi Kategori Best Original Skrip dan The Best Of 2024 bakal dipentaskan selaam 3 hari di PJPAC.

error: Content is protected !!