Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 5, 2022 @ 12:32pm

[VIDEO] Disyaki Jarang Masak Gara-Gara Dapur Sentiasa Bersih, Siti Elizad Kongsi Bukti Suami Rajin Mengemas – “Peneman Hidup, Walaupun..”

Penyampai radio terkenal dan pelakon jelita, Siti Elizad sebelum ini pernah menjadi perbualan netizen yang mengkritik punca selebriti ini sukar untuk menimang cahaya mata kerana terlalu sibuk bekerja. 

Artikel Berkaitan: Disaran Duduk Rumah Supaya Mudah Hamil, Siti Elizad Terkilan Dengan Netizen Mulut Puaka

Malah, ada juga segelintir netizen yang menyoalkan sama ada aktres Teman Lelaki Upahan ini jarang memasak kerana dapur di kediamannya tampak sangat bersih. 

Terbaharu, Elizad menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya seakan menjawab pertikaian netizen berhubung isu berkenaan.

Berdasarkan hantaran tersebut, Elizad memuat naik sebuah video memaparkan gelagat suami tercintanya, Shamsul Baharin sedang mengelap dapur mereka. 

“Yang selalu cakap dapur tak guna sebab tak kotor langsung, inilah orangnya yang setiap kali habis masak dia yang kemas dan lap dapur. 

“Peneman hidup, orang yang banyak ajar erti sabar. Yang tak pernah marah,” tulisnya dalam video tersebut.

 

Menerusi video lain, Elizad turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya itu kerana sentiasa setia disamping meskipun dirinya tidak sempurna. 

 

Meskipun perit menghadapi ujian belum dikurniakan zuriat, namun Elizad bersyukur sebelum ini pernah berkata dia bersyukur diberi seorang suami yang sangat penyabar. 

 

 

Sekadar info, Elizad dan suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan pernah menjalani rawatan IVF sebanyak dua kali namun keguguran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 May 2020
Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Muka Macam Oppa Korea! Kecomelan Anak Mona Allen Curi Tumpuan

Baru-baru ini, pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkongsi wajah anak lelaki sulungnya, Petra Pekin di media sosial. Wajah gebu yang dimiliki oleh Petra itu telah membuatkan ramai peminat geram dan tidak […]

familuv Fri, 23 Nov 2018

Ini Teknik Bancuh Susu Anak Supaya Tidak Hilang Khasiatnya

Perlu tuang air panas dahulu atau susu?

Trending Thu, 18 Mar 2021

Zed Zaidi Cadang Artis Diberikan Vaksin Awal, Gunakan Pengaruh Anak Seni Untuk…

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mendedahkan mereka mendengar banyak keluhan dan menerima banyak aduan daripada anak seni mengenai kekerapan melakukan ujian calitan (swab test) sebelum memulakan sesebuah projek. Pelakon dan kru produksi perlu […]

Hiburan Tue, 22 Apr 2025
Featured Tue, 27 Aug 2024

Fatin Afeefa Mahu Anak Jadi Penghafaz Al-Quran, Larang Terlibat Dalam Industri Seni – “Anak Saya, Suka Hati Saya Lah”

Alhamdulillah, kadanga-kadang mak-mak ni kena bertegas juga dengan anak-anak. Lebih lagi sekarang ni dah akhir zaman👏👏👏

error: Content is protected !!