Hiburan By: Salma Syahbuddin December 9, 2022 @ 5:14pm

Azri Iskandar Buka Mulut Isu Kahwin – “Duit Tak Cukup Lagi!”

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinan pelakon Azri Iskandar dan kekasihnya, Dr Azra Diera yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Disember ini namun sehingga kini status hari bahagia pasangan tersebut masih menjadi persoalan dalam kalangan warganet dek kerana tiada sebarang informasi mengenainya.

Menerusi perkongsian Melodi di akaun TikTok rasmi mereka, Azri tampil menjelaskan mengenai hal sebenar disebalik status perkahwinannya itu.

“Memang kami target cuti sekolah, Disember. Tapi doakan saya dapat job, Ara pun banyak job sebab kami janji nak buat secepat yang boleh. Sebab duit belum cukup.

“Saya tengah target, bila sampai je cuti sekolah tu, saya dah ada dah (duit).

“Tapi, saya dan Azra mungkin tak jadi kahwin pada tahun ini memandangkan saya sedang sibuk dengan penggambaran pada hujung tahun,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Cinta Kami Masih Utuh!” – Azri Iskandar, Azra Diera Kahwin Cuti Sekolah Hujung Tahun

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar Nama Kepada ‘Azri Alexander’? Azri Iskandar Batal Hasrat Sebab…

Sementara itu, Azri menegaskan dia tetap akan berpegang pada janji di mana dia cuma akan mendedahkan wajah Azra pada masa yang tepat.

“Kalau betul dia jodoh saya , memang saya sayang dia dan alhamdulillah setakat ini diap pun sayang saya lagi. Apapun, doakan kami.

“Pasal janji itu, doakan jadi terlebih dahulu dan bila majlis pun selesai pasti gambar pun akan ada. Ambil banyak-banyak dan cantumkan jadi besar,” jelasnya.

Ditanya mengenai kecaman yang diterima sejak mengakui hubungannya dengan Dr Azra dalam fasa yang serius, Azri bagaimanapun menegaskan dia bukanlah lelaki gatal yang dimaksudkan malah, sebagai seorang yang dah berusia sepatutnya tidak wujud gelaran ‘Playboy Tua’ dan sebagainya.

“Tu lah dari mana punca Playboy tua tu abang pun tak tahu. Siapa yang mangsa tu? Dia kalau Playboy ni mesti ada mangsa kan? 

“Macam ada satu kes yang mengatakan abang ajak kahwin, kalau tidak mesti abang dah kahwin ramai tapi kalau betul, tak kan lah tak laku langsung. Jadi janganlah nak tuduh bukan-bukan,” katanya.

Terdahulu, Azri mengesahkan dia dan Dr Azra sudahpun mengikat tali pertunangan pada 29 Jun lalu bertempat di Kangar, Perlis.

Untuk rekod, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.

@melodiberapi Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal berkahwin dengan dengan Dr Azra Diera. Ermmm dah bulan December nie jadi ke tidak eekkk?? #meloditv3 #panas #sensasi #kontroversi #azriiskandarkahwinbaru #drazra #azriiskandar ♬ original sound – Melodi

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Tunggu Kami Kahwin” – Azri Iskandar Sah Sudah Bertunang

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Saya Ni Scammer, Azri Tak Akan…” – Azra Diera Jawab Dakwaan ‘Love Scam’ Dengan Kekasih, Azri Iskandar

ARTIKEL BERKAITAN:“Kembang Tekak Aku…” – Lafazkan ‘I Love You Baby’ Ketika Sesi Temu Bual, Netizen ‘Meluat’ Dengar Kenyataan Azri Iskandar

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Saya Terkejut, Kenapa Kena Tipu?” – Desperate Nak Happy, Anak Bantah Azri Iskandar Kahwin Lagi…Mohon Azra Buat Keputusan Tepat Sebelum Nikahi Bapa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 30 Oct 2018

5 Tips dan Teknik WhatsApp Yang Perlu Diketahui

Adakah anda telah mengetahui semua tips dan teknik untuk ‘Whatsapp’ anda? Jika belum,baca artikel ini.

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Sat, 26 Oct 2019

Tiada Niat Sorok Tunang…

Amboi…dalam diam ya.

Featured Fri, 30 Dec 2022

2022 Tahun Penuh Erti, Hana Ismail Suntik Semangat Netizen Untuk Kekal Positif

Pengacara Hana Ismail menyuntik semangat netizen untuk kekal positif biarpun berdepan dengan pelbagai dugaan pada tahun 2022. @hanaalmauzah_Episod 3 | TERIMA KASIH KENANGAN ✨♬ original sound – Hana ismail Menerusi perkongsian di laman TikTok, Hana […]

Acara Tue, 31 Jan 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022

Mesra Berkempen, Ketampanan Shahril Hamdan Raih Tumpuan – “Kalau Single Baru Saya Pangkah”

Ahli politik, Shahril Sufian Hamdan merupakan salah seorang calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15). @shahrilhamdan Rata-rata warga yang lebih berpengalaman daripada saya […]

Hiburan Mon, 26 Feb 2024

Doa Alif Satar Dimakbulkan, Sonny Bill Williams Hadir Ke Program #GengSubuhMacamJumaat Di Putrajaya

Lain macam pengaruh Alif sampai Williams pun join #GengSubuhMacamJumaat! Alhamdulillah 🤲🏼