Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 22, 2022 @ 10:01am

“Kalau Saya Ni Scammer, Azri Tak Akan…” – Azra Diera Jawab Dakwaan ‘Love Scam’ Dengan Kekasih, Azri Iskandar

Baru-baru ini, pelakon Ellie Suriaty meluahkan rasa bimbang sekiranya perasaan cinta bekas suaminya, aktor Azri Iskandar kepada kekasihnya, Dr. Azra Diera dipermainkan.

Hal ini demikian kerana Ellie mendakwa Azra adalah seorang ‘scammer’ kerana sebarang maklumat mengenai dirinya serta wajahnya tidak dapat dicari menerusi platform digital.

Bukan itu sahaja, difahamkan dalam kalangan golongan produksi juga tidak mengenali Azra dan berpendapat namanya itu hanyalah nama samaran.

Artikel Berkaitan: “Siapa Dr. Azra ni? Tolong Munculkan Diri” – Ellie Suriaty Akui Terkesan, Mohon Jangan Permainkan ‘Cinta’ Azri Iskandar

Tidak berdiam diri, komposer, penulis skrip dan novelis Azra, 42, tampil bersuara dan menyangkal dakwaan dirinya adalah seorang scammer seperti yang dianggap oleh segelintir pihak.

“Mereka nak anggap apapun terpulanglah. Saya tak perlu nak muncul diri pun atas desakan atau paksaan orang lain. Saya bukan buat jenayah pun.

“Azri dah jumpa saya. Azri tau sejauh mana saya sayangkan dia. Saya tak perlukan orang lain untuk menilai hubungan kami.

“Perlukah orang yang dah tak ada kena-mengena dengan Azri ganggu hidup dia? Privacy dia? Kehidupan peribadi dia?

“Dia nak bercinta dengan siapa pun tak ada kena-mengena dengan individu tersebut lagi. Kenapa perlu nak tunjukkan rasa insecure? Masih ada hati nak bersama lagikah?” katanya.

Tegasnya, tuduhan dirinya scammer itu adalah tidak benar kerana seorang scammer tidak akan membantu orang yang susah.

“Kalau saya scammer, bukanlah Azri orangnya (mangsa). Azri tengah susah sekarang. Yang tolong dia pun saya. Scammer takkan cari orang yang ada masalah.

“Tanyalah Azri. Dia rasa macam mana bila jumpa saya. Setenang apa dia bila saya ada. Saya tak pernah minta apa-apa pun daripada dia.

“Saya cuma nak dia rasa happy dengan saya. Hidup tak lama,” ujarnya.

Selain itu, Azra turut ditanya mengapa dia masih belum berjumpa dengan anak-anak Azri, menurutnya, bila sampai masanya nanti mereka pasti akan bertemu.

“Bukan dalam waktu huru-hara sekarang. Saya pun perlukan masa untuk bertenang dengan apa yang berlaku. Mereka (anak-anak) juga tahu keadaan kewangan Azri bagaimana,” katanya.

Terdahulu, nama Azra terpalit dalam isu perceraraian Azri dan Ellie apabila Azri membuat pengumuman mahu mengahwininya sebelum 23 Jun ini. Mereka bertemu pertama kali pada 29 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: Belum Genap Sebulan Cerai Dengan Ellie Suriaty, Azri Iskandar Umum Bakal Nikah Penulis Skrip

[VIDEO] Bekas Kekasih Tampil, Dakwa Ditipu Azri Iskandar… Ada Bukti Perbualan WhatsApp! – “Dia Lamar Lepas 2 Hari Cerai”

Artikel Berkaitan: “Jangan Nak Keruhkan Hubungan Orang Lain!” – Azri Iskandar Selar Kenyataan F, Mahu Cepat Nikah Dengan Azra

Artikel Berkaitan: “My Love, My Life & My…” – OMG, Romantiknya! Bakal Isteri Beri Ucapan Sweet Sempena Birthday Azri Iskandar

Artikel Berkaitan: “Celah Mana Pula Saya Jadi Orang Ketiga?” – Jadi Mangsa Fitnah Netizen, Ini Respons Kekasih Azri Iskandar

Sumber: Getaran.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Alicia Amin Tunjuk F**k Tak Dapat Arak Di KLIA?

Ini bukanlah kali pertama Alicia Amin mempersoalkan perkara sebegini. Alicia memutuskan untuk bersikap lebih terbuka dan tidak mahu menjadi gadis kolot.

Featured Tue, 18 Feb 2025
Trending Mon, 23 Dec 2019

KWSP Mohon Maaf Insiden Pesakit Kanser Didakwa Diusung Ke Kaunter

Harap tiada lagi insiden seperti ini berulang lagi

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

DFKL Cari Pakej, Pengarah Nur Setuju Dengan Kenyataan A Aida?

Bayangkan kalau abam letak Siti Kasim sebagai heroin, korang sanggup setia tengok sampai episod 15 tak?

Featured Wed, 13 Oct 2021

Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Pergolakan rumah tangga aktres jelita, Siti Saleha menjadi persoalan ramai apabila pelakon itu didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes perceraiannya. Menurut laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di […]

Hiburan Fri, 8 Dec 2023

Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Zaman sekarang ni sangat membimbangkan ya, macam-macam boleh jadi 😭😭

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

“Sila Ukur Baju Di Badan Sendiri” – Asfan Shah

Asfan Shah tidak menyalahkan mana-mana individu jika mereka memilih untuk menggayakannya.

error: Content is protected !!