Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Halimey Zamal December 14, 2022 @ 7:24am

Nyanyian Setanggi Syurga Suami Buat Tasha Manshahar, Peminat Puji Kelunakan Suara Raqib Majid

Sudah lama tidak mendengar berita mengenai Tasha Manshahar yang menyepi dari dunia nyanyian.

Kini selesa bertugas selaku pendidik, Tasha bahagia bersama suami, penyanyi Raqib Majid dan dua orang anak, Muammar dan Mateen.

@iamtashamanshahar Best jugak ek dapat free show 🤪 #setanggisyurga @Raqib Majid ♬ original sound – bigboss

Terbaharu, menerusi perkongsian di laman TikTok, Tasha meminta suaminya menunaikan permintaan untuk menyanyikan sebuah lagu.

“Yang, cuba nyanyikan lagu Setanggi Syurga.” ucapnya.

Raqib yang juga merupakan seorang penyanyi menurut sahaja kemahuan Tasha menyanyikan lagu tersebut sambil dirakam oleh isterinya itu.

“Best juga ek dapat free show,” tulis Tasha.

Menjengah ke ruangan komen warganet teruja mendengar suara Raqib dan rindu untuk melihat dia semula aktif di dalam bidang nyanyian.

“Abang Raqib best vokalis kebangsaan 2017.

“Sedapnya suara Raqib, dah lama tak dengar menyanyi.

“Merdunyalah, tetap sama suara Raqib ni dari dulu sampai sekarang,” tulis wargamaya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 433,000 tontonan dan lebih 40,000 tanda suka.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jul 2024
Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Thu, 26 Jun 2025

Cakra Khan Kembali Gegar Malaysia, Singapura Dengan Konsert ‘Divine’

Cakra Khan Divine konsert Plenary Hall, KLCC dan Singapura

Events Sat, 16 Jul 2022

Selepas 35 Tahun Dalam Industri, Aishah Bakal Adakan Konsert Solo Di Dewan Filharmonik!

Dah boleh feel dah Datuk Aishah nyanyi lagu Janji Manismu versi orkestra!

error: Content is protected !!