Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 15, 2022 @ 7:51pm

Jalin Hubungan Cinta Dengan Pelajar Berumur 21 Tahun, Radhi OAG Pilih ‘Kunci Mulut’

Vokalis kumpulan OAG, Radhi mengaku sedang menjalin hubungan cinta dengan pelajar berusia 21 tahun yang kini sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Radhi atau nama penuhnya, Muhammad Radhi Razali, 45, berkata, kini hubungannya itu berada dalam fasa yang serius.

Meskipun begitu, Radhi lebih selesa untuk mengunci mulut mengenai hubungannya dan mahu kekasihnya itu memberikan fokus terhadap pengajian terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Kalau boleh saya tak nak share sangat, tapi biarlah yang ketiga ini adalah yang terakhir. Kalau dah tiba masanya nanti barulah saya akan kongsikan kepada semua.

“Dia ni memang sempoi, tak ada sosial media dan saya memang nak cari yang macam tu. Apapun ini semua adalah perancangan sahaja untuk fasa seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Radhi menegaskan dia terbuka hati untuk menjalinkan hubungan cinta dengan wanita yang lebih muda kerana wanita itu sedia menerima dirinya seadanya dalam masa yang sama dia juga boleh memperbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik.

“Apa yang boleh saya katakan dia kenal diri saya ‘A to Z’. Cara pergaulan dan percakapannya, dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh.

“Namun, ingin saya tekankan yang ini semua adalah perancangan. Paling penting dia kena fokus belajar dahulu dan saya boleh berusaha untuk perbaiki diri lagi,” jelasnya.

Radhi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Pelancaran Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang diadakan di ATSKY Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Konsert yang bakal diadakan pada 25 Disember bertempat di Stadium Malawati Shah Alam itu adalah sempena 30 tahun pembabitan OAG dalam industri muzik tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN:Susulan Dakwaan Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Mahu Selesai Kes Cara Baik -“Moga Allah Lembutkan Hati Dia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Jul 2025

Janna Nick, Dini Schatzmann Bergabung Dalam ‘Selamat Pengantin Haru’, Penuh Gelak Tawa & Realiti Rumah Tangga

, Janna Nick dan Dii Schatzmann akhirnya bergabung dalam sebuah drama terbaharu TV3

Featured Wed, 30 Nov 2022
Hiburan Fri, 20 Oct 2023
Trending Wed, 4 Jul 2018

Najib Razak Sudah Dibebaskan?

Najib dilihat telah meninggalkan perkarangan kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih kira-kira jam 3.30 petang tadi

Events Sat, 9 Nov 2019

任贤齐兴奋「回家」开唱!扬言要当大马拿督

几乎年年都「回家」开唱的任贤齐,周五(8日)再次登上云顶云星剧场舞台举办《齐迹》演唱会;粉丝频频大胆告白,让小齐直呼 “我决定要搬来吉隆坡住,我要当大马拿督!”

Trending Sat, 21 Dec 2019
error: Content is protected !!