Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 21, 2022 @ 10:09am

5 Tahun Dalam Industri, Pengalaman Mendewasakan Sarah Suhairi – “Bila Ada Perkara Negatif, Saya Akan…”

Lima tahun berada dalam industri seni, penyanyi Sarah Suhairi mengaku pengalaman banyak mendewasakan dirinya untuk menempuh segala rintangan dengan cekal.

Mula dikenali selepas bergelar juara sebuah program realiti penyanyi baharu, kerjaya dalam dunia hiburan membuatkan Sarah lebih dewasa.

“Pengalaman mematangkan saya, ia sudah lima tahun saya dalam industri bermula dari program realiti, untuk saya berada di mana saya hari ini, ia bukanlah perjalanan yang mudah.

“Saya dah lalui pelbagai perkara, mungkin kita tak sependapat dengan orang sekeliling, dengan pihak pengurusan juga ada pasang surutnya. Ada hari kecewa tetapi ia perlu diteruskan juga. Apa pun yang berlaku, kita kena tabah hadapinya.

“Secara jujurnya, jika nak menasihati orang untuk memasuki industri, bagi saya perlu untuk persiapkan fizikal dan mental kerana kadang-kadang bukan kerana orang sekeliling, tetapi kadang-kadang netizen. Ia memberi kesan yang banyak kepada emosi.

“Perkara negatif saya akan letak sebelah, kalau ia kesalahan saya, saya akan akui dan perbaiki dan jika ada pujian, saya perlu berusaha dengan lebih lagi.

“Sampai ke hari ini, apa yang boleh dijaga, saya akan jaga sebaiknya. Tapi inilah lumrah dalam industri. Setiap orang yang datang hidup saya bersebab dan saya hanya perlu baik dengan semua,” kongsi Sarah.

Dalam pada itu, Sarah terkejut dengan penerimaan peminat terhadap single terbaharunya berjudul Burn.

“Kini saya lebih untuk promosi lagu baharu saya dan buat persembahan untuk orang lebih kenal dengan lagu Burn.

“Mungkin dari YouTube agak perlahan untuk lagu saya naik, tetapi mengejutnya dari segi streaming ramai juga yang stream lagu Burn. Alhamdulillah saya sangat bersyukur tetapi untuk lagu yang akan datang saya mungkin cuba genre yang berbeza.

“Ada juga yang bertanya adakah saya akan tinggalkan genre balada, saya suka sebenarnya balada, tak boleh tinggalkan terus. Jadi saya akan keluarkan genre balada yang saya sendiri hasilkan.

“Bercakap mengenai single baharu, saya minta sendiri sebab saya buat demo dengan permulaan piano, jadi saya minta pengubah muzik untuk buat jadikan seperti lagu dalam drama Korea.

“Kami juga kejar juga untuk runut bunyi (OST) drama sebab kadang-kadang OST tak keluar muka tetapi suara saya masih ada di kaca televisyen.

“Untuk saya, peminat saya lebih sukakan genre balada, untuk lagu rancak ada juga sambutan tetapi berbeza dengan balada kerana ia universal. Kita akan kembali kepada genre balada. Jangan risau.

“Saya tak pernah lagi tulis lagu, jadi ini adalah kali pertama saya buat lagu, lirik, melodi dan susunan semuanya saya buat sendiri. Alhamdulillah sekarang saya hanya tunggu untuk proses rakaman sahaja dan jika diberikan rezeki akan dikeluarkan pada awal tahun hadapan,” ujarnya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Was Hailey Bieber Allegedly Throwing Shade At Selena Gomez With “I’ll Kill You” Instagram Story?

Hailey was probably just listening to the wrong song at the wrong time.

Selebriti Sat, 10 Feb 2018

BUKTI SHEILA ON 7 MASIH ‘BERBISA’

Walaupun hanya mengenakan seluar jeans dan tshirt hitam, aura Duta ternyata masih kuat! Tanpa perlu bertukar ganti baju, susunan muzik yang padu, kumpulan yang dianggotai oleh  Adam, Eross Chandra, Brian Kresno Putro dan Duta selaku vokalis ini sememangnya layak mendapat standing ovation!

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Liyana Jasmay ‘Tunjuk Taring’

LJ bakal tampil dengan filem terbaru beliau. Nak tahu apa ? Jom klik artikel ini

Hiburan Fri, 20 Jul 2018
Featured Wed, 20 Aug 2025

Zul Ariffin ‘Payung’ Badan Berotot, Netizen Pesan Minta Jaga Aurat

Selain tayang foto tak berbaju, Zul juga sempat belanja peminat dengan susuk badannya yang berotot.

Featured Thu, 20 Oct 2022
Featured Thu, 4 Jun 2026

Siti Saerah Tak Halang Amad Menetap Dengan Bapa Di Kuantan – “Ibu Mana Tak Sedih, Tapi Itu Pilihan Dia”

Penyanyi Siti Saerah tidak dapat menahan sebak apabila diajukan soalan mengenai keputusan anaknya, Ahmad Dayyan Saiful Anuar atau lebih dikenali sebagai Amad, yang memilih untuk menetap bersama bapanya.

error: Content is protected !!