Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Maya Basir December 23, 2022 @ 4:11pm

12 Tahun Perkahwinan, Wawa Zainal Ikhtiar Dapat Anak Kembar Guna Kaedah IVF

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mempunyai hasrat untuk mendapatkan anak kembar dan akan berikhtiar melalui persenyawaan in-vitro (IVF).

Memetik laporan Harian Metro, Wawa menginginkan keluarga yang besar dan mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam masa beberapa tahun lagi.

“Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Ia sesuatu yang amat saya impikan.

“Tapi bukanlah mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak. Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat.

“Namun, insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba,” katanya.

Menurutnya, ibu kepada empat anak ini bersyukur dengan kehidupan rumah tangga bersama pelakon, Aeril Zafrel yang telah memasuki tahun ke-12 perkahwinan.

“Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata ‘queen control’.

“Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan.

“Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Fab Foodies! Mon, 6 May 2019

Break Fast with a Wide Variety of Malaysia’s Best Dishes at Makan Kitchen, Melaka

You can find almost all of local favourites in one place.

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Featured Sun, 31 May 2020
Hiburan Thu, 5 Dec 2024

Anak Tiri Nora Ariffin Meruntun Jiwa, Kongsi Gambar Ibu Bapa – “Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang”

Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang – Anak Tiri Nora Ariffin

Featured Fri, 2 Dec 2022

Mengaku Kerap Terkucil, Kriteria Pemilihan Lagu Jadi Keutamaan… Ikut Kemampuan Vokal Nabila Razali

Penyanyi terkenal, Nabila Razali lebih teliti dalam memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan selepas acap kali ‘terkucil’ sewaktu melakukan persembahan. Ketika ditemui oleh XTRA, Nabila menceritakan pemilihan lagu menjadi keutamaan kerana ingin selari dengan kemampuan vokal […]

Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

Bekas Jurusolek Korea Ini Hasilkan Roti Dengan Ilustrasi Yang Sungguh Kreatif

Comel sangat rasa macam tak sampai hati nak makan!

Featured Tue, 21 Jan 2025

Tak Berani Beri Komen, Chacha Terkejut Dakwaan Emma Maembong Sudah Berkahwin Dengan DJ

Dakwaan juga timbul mengatakan pasangan itu telah bercuti bersama di luar negara.

error: Content is protected !!