Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 27, 2022 @ 4:06pm

[VIDEO] Neelofa Tak Sangka Bilal Boleh Jalan 10 Hingga 15 Langkah – “Kaki Dia Bergelang”

Pengacara dan selebriti popular, Noor Neelofa, 33, berkongsi perkembangan terkini putera sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris yang kini hampir mencecah usia setahun.

Berdasarkan perkongsian di Instagram Story, Neelofa memuat naik sebuah video memaparkan Bilal sedang melakukan aktiviti memanjat tangga yang diciptakan khas untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

Menerusi hantaran itu, Neelofa berkongsi video Bilal pertama kali bermain pemanjat itu pada 8 Disember lalu yang tampak seperti masih takut untuk memanjat.

Di Instagram Story lain, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail, 27, menunjukkan perkembangan anaknya itu yang semakin mahir memanjat pada 13 Disember lalu.

‘Masa ni Bilal baru 10 setengah bulan dan dah boleh mula berjalan 10-15 langkah.. Tak sangka juga sebab Bilal bergelang-gelang kan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Neelofa yang juga berkongsi video Bilal bermain bola di Instagram miliknya semalam telah mencuri perhatian ramai dan rakan selebriti.

Rata-rata mereka berasa teruja melihat gelagat Bilal yang amat comel serta bentuk tangan tembamnya seperti roti bun.

Sebelum ini, Neelofa hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas tular beberapa video seakan menunjukkan dirinya sedang hamil anak kedua, namun begtu sehingga kini masih tiada kenyataan daripada pihak mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Neelofa Pregnant Lagi? – “Dress Ikat Belakang, Cara Duduk Nak Bagi Air Pun…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Lepas DJ Radio, Shuk Teringin Nak Jadi Penyanyi

Jika ada peluang saya teringin rakam lagu mengandungi elemen nasihat, teguran atau kisah masyarakat. Macam lagu-lagu yang pernah dihasilkan kumpulan Senario. Best juga kan?

Contest Mon, 27 May 2019
Hiburan Sun, 2 Feb 2025

[VIDEO] “Hati Saya Hancur-Sehancurnya Bila Dapat Berita Dia Bertunang” – Naim Daniel Curah Perasaan Dalam ‘Selasa’

Naim Daniel putus cinta selepas empat tahun bersama wanita yang juga dalam industri

Featured Thu, 2 Apr 2026
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘We did everything spontaneously!’ – Shiha Zikir & Sharif Won Big During BBB ’19

The competition is heating up with impressive performances!

Featured Fri, 22 May 2026

“Aku Just Nak Hak Aku Balik, Susah Payah Aku Kumpul Duit Sendiri Tapi Ini Yang Aku Dapat” – Syida Melvin 

Syida mengakui dia hanya mahukan hak miliknya dikembalikan selepas segala pengorbanan dan usaha yang dilakukannya sebelum ini.

error: Content is protected !!