Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Halimey Zamal December 28, 2022 @ 4:45pm

Sedih Jauh Dengan Keluarga, Sajat Lebar Sayap Buka Perniagaan Di Australia

Usahawan kontroversi, Nur Sajat mendedahkan dirinya sedih setelah lama berjauhan dengan keluarga.

@sajatperempuanfuh Replying to @mariabritneyyy ANAK-ANAK ADALAH KEKUATAN SAJAT #fyp #fypシ #sajat #nursajat #foryou #viral #fypシ゚viral ♬ original sound – SajatNur

Menerusi hantaran yang tular di laman TikTok, Sajat merindui kedua-dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi.

“Janganlah sedih, mestilah sedih. You all buat I macam mana?

“Korang sanggup pisahkan ibu walaupun ibu tu bagaimana sekalipun, dia tetap ibu. Dia pondan ke perempuan betul ke even perempuan betul pun belum tentu boleh jadi ibu yang bagus buat anak-anak.

“So tak payah kita menghina, kita tak payah nak judge. Tapi Sajat anggap benda tu adalah salah satu semangat untuk Sajat. Memang Sajat menangis, sedih berjauhan dengan keluarga semua tapi cukuplah apa yang terjadi pada Sajat ni,” ucap Sajat.

Sementara itu, Sajat menunjukkan potret anaknya sebagai tempat melepas rindu ketika berada jauh di Australia.

“Orang tak tahu yang saya sedih, orang tak tahu saya kecewa sampai berjauhan dengan anak-anak.

“Berpisahnya saya dengan anak-anak, tiada siapapun tahu tapi semangat inilah yang buatkan saya nak berjaya dan maju ke depan. Terus ke depan dan I akan buktikan, setahun je I bangkit balik dan inilah hasilnya. Kerusi-kerusi yang you tengok ni akan dipenuhi dengan customer I,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, warganet meminta untuk Sajat kekal kuat meneruskan hidup dan ada juga wargamaya yang berbangga dengannya kerana mampu membuka perniagaan di luar negara.

“Sabar, kuatkan semangat mu dik.

“Saya jadikan awak sebagai inspirasi untuk terus positif.

“Nasib baik Sajat cerdik hal perniagaan. Dapat sesuaikan diri tak kira dia kat manapun,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 25 Jul 2018

Menurut Kajian, ‘Supper’ Selepas 10 Malam Tingkatkan Risiko Kanser. Biar Betul?

Bahaya makan selepas jam 10 malam ataupun sebelum tidur dalam keadaan perut penuh.

Featured Fri, 14 Mar 2025

Shuk Sahar Bongkar Status Perkahwinan Dengan Fara Salleh Masih Belum Berdaftar?

“Persoalannya, jangan hanya tahu bercakap tapi keluarkan satu bukti”- Shuk

Featured Tue, 11 Jun 2019
Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Tue, 28 Sep 2021

“Dia Buat Pun Tak Cakap Dengan Saya” – Ellie Suriaty Dedah Azri Iskandar Diam-Diam Ambil Vaksin, Dah Lengkap 2 Dos

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mendedahkan suaminya, pelakon Azri Iskandar sudah lengkap dua dos vaksinasi. Biarpun sebelum ini Ellie dan Azri diketahui enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor keselamatan, Ellie akur dengan tindakan suaminya. […]

Trending Tue, 21 Apr 2020

MKI Umum Tiada Solat Terawih Di Seluruh Negara Ramadan Ini

Ini hakikat yang terpaksa diterima..

error: Content is protected !!