Featured By: Atiqah Johari December 31, 2022 @ 4:27pm

Gembira Atas Perkahwinan Bekas Isteri, Adam Shahz Ingatkan Tuntutan Hak Penjagaan Anak – “Jangan Lupa 26 Januari Nanti”

Umum mengetahui mengenai perkahwinan pelakon Fatin Afeefa dan jejaka pilihan hatinya, Aliff Awang yang berlangsung malam semalam.

Artikel Berkaitan: Tamat Zaman Ibu Tunggal, Fatin Afeefa Selamat Bernikah

Artikel Berkaitan: “Tau-Tau Kahwin… Yang Masih Single Okay Tak Tu?” – Netizen Terkejut Fatin Afeefa Bernikah

Sehubungan itu, pelakon Adam Shahz yang merupakan bekas suaminya turut menzahirkan rasa gembira atas ikatan perkahwinan tersebut.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Adam sempat meninggalkan pesanan kepada bekas isterinya itu untuk tidak lupa akan tarikh perbicaraan bagi tuntutan hak penjagaan anak yang bakal berlangsung pada hujung Januari ini.

“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja.

“Dah kahwin, dah lepas, Cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bukan itu sahaja, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, menyatakan bahawa perbicaraan ini adalah yang pertama untuk menuntut hak penjagaan anaknya.

“Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu.

“Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apapun saya bergantung kepada keputusan mahkamah.

“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.

“Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekalipun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak,” jelasnya.

Tegas Adam, dia hanya ingin menuntut haknya sebagai bapa dan tiada sebarang isu lain.

“Saya taka ada apa-apa isu. Tapi, bila pihak sana mengutarakan isu yang bukan-bukan, isu yang tak ada, diadakan, saya sebagai bapa berhak untuk menjaga maruah saya dan keluarga,” luahnya lagi.

Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013.

Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7.

Dalam pada itu, menerusi perkahwinan sebelum itu, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 21 Mar 2024
Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Awie Dedah Pernah Jadi Penari Zapin & Fleksibel Sebelum Bergelar ‘Rockers’ – “Saya Tak Tahu Bila Berubah Ganas”

Wowww fleksibel katanyahh! Min teringin pula nak tengok Datuk Awie menari zapin 😜 Hihiiii

Featured Thu, 16 Jun 2022

#SeoulSaranghae: BTS ‘Hiatus’, Mahu Fokus Projek Solo

Tak kan lah ‘Hiatus’ kannnnn…. Mau menangis hakak!

Hiburan Wed, 22 Nov 2017

ISYANA SARASVATI DENGAN PARADOXNYA

Penyanyi yang boleh dianggap sebagai seorang yang talented dan versatile ini bisa dilabel sebagai seorang yang “Beauty with Brain” kerana sifatnya yang sederhana tetapi punyai skill yang luar biasa dalam mengendalikan instrument muzik.

Events Wed, 19 Dec 2018

黄诗棋生了!跨界美业品牌研发新产品

Yumi黄诗棋跨界美发业品牌!自创新产品,让她兴奋直呼“这就像自己的宝宝~”

Selebriti Sat, 24 Feb 2024
Trending Sat, 7 Apr 2018

‘Pergi’ Penuh Gaya, Jutawan Dikebumi Dengan Barang Kemas Mahal!

Bukan hanya barang kemas sahaja yang diletakkan bersama mayat berkenaan tetapi juga sepasang kasut berjenama Timberland turut ada. Dasyat ni!

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Gambar David-Victoria Lenyapkan Kontroversi Cerai

Walau bagaimanapun, selepas tiga hari pertunjukan Minggu Fesyen Paris itu berlangsung, bekas anggota kumpulan Spice Girls ini memuat naik gambarnya bersama suami, David Beckham.