Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari January 27, 2023 @ 8:37pm

“Tak Semua Lelaki Suka Kahwin Banyak” – Gara-Gara Kisah Silam, Namron Lebih Hargai Isteri

Sejak kebelakangan ini, isu suami berkahwin dua menjadi bualan hangat di media sosial dalam kalangan warganet.

Tidak ketinggalan, pelakon Namron turut berkongsi pengalamannya pernah didekati oleh wanita lain ketika berhubungan dengan isterinya.

Artikel Berkaitan: Pilih Untuk Setia Bersama Isteri, Namron Dedah Pernah Didekati Seorang Wanita

Mengulas lanjut, Namron menegaskan bahawa dirinya tidak gemar untuk memiliki dua wanita dalam hidupnya kerana dia akui tidak mampu.

Sekaligus, Namron menyangkal ayat yang menyatakan ‘lelaki semua sama’.

“Sekarang kan banyak isu yang orang kata lelaki ni semua sama saja, kalau nak bermadu semua lelaki suka nak beristeri dua.

“Saya cuma nak katakan bukan semua lelaki macam itu. Ramai lagi lelaki yang memilih untuk seorang dah cukup. Saya salah seorang yang macam itu, sebab saya rasa saya tak mampu untuk ada dua orang dalam hidup saya. Seorang itu dah cukup dah untuk saya tak perlu ada dua orang. Itu pandangan peribadi saya,” katanya kepada XTRA.

Malah, Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan menyifatkan bahawa poligami atau bersikap curang itu adalah pilihan.

“Saya tak setuju sebab saya tak macam itu dan benda ini semua adalah pilihan kita. Ada orang dia nak macam tu (poligami), mungkin dia ada sebab dia. Bagi saya pula, saya tiada sebab untuk saya ada dua atau tiga atau empat orang isteri,” ujarnya.

Ketika ditemui di majlis sidang media dan pelancaran treler filem Pulau baru-baru ini, pendiriannya tersebut adalah disebabkan pengalaman yang dilaluinya di mana berdepan dengan penceraian ibu dan bapanya sejak kecil.

“Mungkin… saya ada sejarah hubungan ibu bapa saya bercerai waktu saya kecil lagi. Krisis rumah tangga diorang berpisah dan saya hidup dalam family yang macam tu. Jadi, saya hidup dengan mak saya sebab tak dapat daripada kasih sayang seorang ayah.

“Saya dapat rasa ada banyak benda yang tak best sepanjang saya membesar. Saya kenal ayah saya dah umur 17 tahun, baru saya jumpa balik. Itupun sebab saya pergi cari dan sepanjang saya membesar saya tak dapat kasih sayang, perhatian dan tak faham apa itu kasih sayang seorang ayah.

“Sampai saya nak berkahwin, nak ada anak pun saya takut. Mampukah saya nak jadi seorang ayah? Sebab saya tak ada ilmu dan tak ada contoh untuk saya belajar,” jelas Namron.

Sehubungan itu, Namron menganggap isterinya itu adalah kurniaan Allah atas doa yang dimintanya dan berjanji akan menjaga isterinya sebaik mungkin.

“Saya dapat isteri saya ini, Allah bagi sebab saya minta. Saya ada teman wanita tapi putus, asyik tak serasi ja dengan perempuan. Sampai saya minta setiap kali solat untuk bagilah aku seorang perempuan yang mana aku sayang dan cinta dia serta dia juga sama. Minta betul-betul sampai menangis saya minta.

“Tuhan hadirkan isteri saya dalam hidup saya. Saya memang nampak bahawa ini adalah pemberian Allah pada saya sebab saya berjanji kalau saya dapat seorang perempuan seperti yang diminta, saya akan menjaga dia, takkan tinggalkan dia, akan jaga sebaik-baiknya,” kongsinya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

中文AIM报名创新高!黄明志与郭修彧个人报名量最高

《2020 AIM 中文音乐颁奖典礼》报名已截止,经过整理与统计,该届报名再创新高,其中个人报名量最高的是郭修彧以及黄明志!

Featured Thu, 19 Mar 2020
Trending Tue, 19 Jan 2021
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Dato Siti to Pay Tribute to Late Pak Ngah

It’s a sweet gesture from one legend to another.

Hiburan Tue, 15 May 2018

Zul Ariffin Dah Mula Rimas?

Sekarang filem bergenre aksi sudah semakin mendapat permintaan sekali gus menyebabkan penerbit semakin berani mencuba genre ini. Alhamdulillah (dengan perkembangan ini) pelakon macam saya ada tempat di industri.

Featured Fri, 8 May 2020

Seri jadi isteri, Zahirah MacWilson wajah Lebaran Innai Red

Lawa-lawa koleksi Lebaran Innai Red tahun ini

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Justin Bieber Umum Mahu Rehat Dari Karier Tapi…

Mungkin dah terlalu penat, Bieber perlukan masa untuk buat comeback. Yang pasti, ramai yang tertunggu-tunggi lagu baharu Bieber.

familuv Mon, 25 Mar 2019

6 jenis gambar kanak-kanak yang tidak patut dikongsi di media sosial

Jangan dedah anak kepada ‘pemangsa’ dalam talian.

error: Content is protected !!