Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 13, 2023 @ 7:22pm

[VIDEO] Pertama Kali Live Di TikTok, Jep Sepahtu Teruja Terima Pelbagai Gift Dari Pengikut!

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu sering menghiburkan hati ramai penonton dengan gelagat lucunya.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang memaparkan Jep teruja apabila menerima gift oleh pengikutnya di platform TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, Jep membuat siaran langsung buat pertama kali dan terkejut apabila menerima pelbagai gift daripada penonton sepanjang siaran langsung.

Bukan itu sahaja, reaksi Jep yang teruja dan gembira itu turut membuat ramai terhibur sehingga ada yang mengatakan bahawa Jep merupakan seorang yang murah rezeki oleh kerana itu ramai yang memberi gift kepadanya.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa Jep sangat beruntung memandangkan pertama kali dia  melakukan siaran langsung, dia sudah mendapat banyak gift yang dihadikankan pengikutnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut ikut bahagia melihat Jep mendapat pelbagai gift itu.

Ada juga segelintir yang menyakat dan mengatakan bahawa Jep akan rajin melakukan siaran langsung memandangkan sudah menerima pelbagai gift dari pengikutnya.

“First time live, dah untung beribu hahaha.

“Tak senang kawan nak buat kerja. Dia punya excited tu tak boleh bincang.

“Orang macam Jep mesti banyak memberi ni. Cuma jenis tak heboh dan rezeki dia dapat macam-macam gift dengan izin-Nya.

“Lepas ni member happy lah dapat buat live hari-hari.

“Seronok dia dapat gift dari fans dia.

“Dia deserve it, dia dah buat kita terhibur lama,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 897,000 tontonan, 60,000 tanda suka dan lebih 436 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

“Nak Cari Bukti Tak Ada Siapa Layan” – Awal Ashaari Menangis Terkenang Cincin Kahwin Kena Curi Di Milan

Allahu malang tak berbau, dah takde rezeki 😔 Semoga beri pengajaran buat kita semua!

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Shuib Makin Ligat Jual Madu, Produk Jana RM 5.5 Juta Tak Sampai Setahun

Saya mungkin masih baru dalam dunia perniagaan madu. Saya amat berterima kasih kepada rakan kongsi, Badrul dan Shikin kerana menjadi tulang belakang yang positif.

FESYEN Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Gimik Tak Sama, Janganlah Samakan Kami…

Bukan nak cakap saya betul tapi saya hanya guna gimik bercinta. Kalau topik depresi agak serius dan tak boleh buat main-main…

Fab Foodies! Thu, 11 Apr 2019

You MUST Go to Iketeru for Their All-You-Can-Eat Sushi Promotion

Psst… kids below 6-years-old eat for FREE!

Hiburan Wed, 23 Apr 2025
error: Content is protected !!