Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 13, 2023 @ 8:09pm

“Selalu Rasa Diri Betul & Putar Belit Fakta” – Puteri Sarah Dedah Pernah Berdepan Individu Hidap Gangguan Personaliti

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana berkongsi bahawa dia pernah berdepan dengan individu yang sentiasa tidak mahu menerima pendapat orang lain, sentiasa merasakan dirinya betul dan tidak memiliki empati dalam diri.

Memetik laporan Harian Metro, Sarah memaklumkan bahawa dia juga baru mengetahui mengenai individu yang memiliki personaliti narsistik (NPD).

Tambahnya, individu yang memiliki masalah gangguan personaliti ini tidak menyedari kerana kurang pengetahuan dan pendedahan terhadap isu tersebut.

“Sebenarnya mereka yang mempunyai penyakit NPD sudah lama cuma mungkin kita tidak menyedarinya kerana kurang pendedahan mengenai isu mental ini.

“Mereka yang mempunyai masalah NPD ini akan merasakan diri mereka saja yang betul dan memanipulasi fakta. Bagaimana kita hendak membela diri dengan mereka yang bersifat NPD ini, kita tidak akan menang.

“Bukan itu sahaja, mereka akan memutar belitkan keadaan sehingga membuatkan kesalahan mereka menjadi kesalahan kita pula.

“Akhirnya kita sendiri mempersoalkan sama ada kita yang bersalah kerana bersikap dan memberikan reaksi sedemikian,” ujar Sarah.

Katanya lagi, penghidap masalah personaliti ini boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan mental yang lebih serius jika tidak ditangani.

“Apabila personaliti ini tidak dikawal dan hingga memudaratkan rakan sekeliling, organisasi di tempat kerja, ia boleh berubah menjadi serius hingga membahayakan diri dan orang lain.

“Bagi orang dengan personaliti narsistik ini, mereka menganggap dirinya sahaja yang betul dan orang lain semua salah.

“Tingkah laku ditonjolkan sentiasa mudah untuk menyalahkan orang lain sebab dia ada spesifikasinya yang tersendiri,” tuturnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Feb 2018

PANAS! SAJAT DEDAH IDENTITI SEBENAR

Mohd Izwan telah mendakwa dihalang oleh pihak ketiga daripada pihak Sajat untuk meneruskan laporan tentang siasatan bagi mengesahkan identiti sebenar beliau

Trending Fri, 12 Apr 2019

Niat Nak Bergurau, Kecaman Pula Yang Dapat!

Hairul bergurau je tu, dia kan memang happy go lucky orangnya.

Hiburan Thu, 8 Nov 2018

新年嘟嘟好!One FM全台DJ及主播挑战手势舞

2018年剩没多少天,又是准备新一年的时候啦!One FM全体DJ及新闻主播为即将到来的猪年,携手合唱的2019年新年歌曲也正如火如荼的筹备当中。

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Stereoangel Realisasikan Impian Hampir 30 Tahun, Lancar Album Penuh ‘Abstraksasi’

Kumpulan Stereoangel kini memiliki album penuh sebagai tanda perjalanan seni yang tidak pernah padam.

error: Content is protected !!