Featured By: Atiqah Johari January 16, 2023 @ 4:00pm

“Saya Rindu Awak Hana” – Rimas Masih Diganggu, Bekas Isteri Minta PU Abu Jangan ‘Selfish’

Muncul semula kontroversi mengenai kemelut rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu dan bekas isterinya Hana Azraa.

Baru-baru ini, Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir mendedahkan bahawa dirinya masih diganggu oleh PU Abu yang meluahkan ayat-ayat manis terhadapnya.

Tambah, Hana turut menyertakan bukti dengan berkongsi tangkap layar mesej yang diterimanya.

Berang dengan tindakan bekas suaminya itu, Hana memberi amaran terakhir kepada PU Abu untuk tidak mengganggunya lagi.

“Last warning. Stay away, if not, kamu hanya membuka pekung sendiri. Last, saya takkan teragak-agak untuk speak the truth.

“Tolong ingat semula segala word yang kamu sebut tentang saya dalam live sewaktu saya berada di Madinah. Last warn. Stay away,” tegasnya.

Kata Hana, dia masih ingat PU Abu memanipulasi orang ramai sehingga memperlihatkan dirinya individu yang bermasalah ketika sedang bekerja di Madinah, namun dia masih bersabar kerana memikirkan periuk nasi bekas suaminya itu.

“I still remember the day yang kamu manipulate semua orang untuk nampak saya bermasalah sewaktu saya sedang bekerja di Madinah. That time is the right time untuk saya bercerita. Tapi, masih bersabar memikir periuk nasi awak & tanggungjawab awak pada anak dan isteri yang sedang mengandung anak ketiga kamu.

“Ini yang saya dan Mateen dapat? Saya tak nak buat dah semua benda ini but makin hari makin melampau. All those word tak tally dengan your action.

“tolong kesiankan anak-anak. Cukup untuk anak-anak membesar untuk tengok bapa yang selfish begini. Enough,” luah Hana.

Terdahulu, Abu dan Hana mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari 2020.

Untuk info, nama PU Abu menjadi tumpuan ramai apabila berkahwin lain ketika isteri pertama, Ain sedang sarat hamil pada 2019 lalu.

Susulan itu, Hana dikatakan punca keretakan rumah tangga Abu dan Ain apabila Abu menceraikan isteri pertama dengan talak dua namun mereka rujuk semula.

Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Abu memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar dan Muhammad Aryan ‘Afi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

‘Saya Tak Kisah’- Adilla Idris Jawab Komen Netizen

Mak mana yang tak mahu tolong anak sendiri kan? Netizen ni pun…

Hiburan Tue, 23 Jul 2019
Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Fara Fauzana Kembali Ke Konti?

Yeay! Meriah lah konti lepas ni dengan suara kak Fafau kita!

Selebriti Mon, 31 Jul 2023

“Mak Tak Ada Waktu Nikah Kami Minggu Depan, Semua Siap Dah” – Shila Amzah

Sebaknya! Semoga Shila & Ubai kuat hadapi ujian ini 🤲

Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Terpalit Kes Rogol Remaja Bawah Umur, Ustaz Kazim Elias Terkilan

Pulak dah, tak pasal-pasal nama Ustaz Kazim tercemar sama. Berpada-pada gais sebelum ‘menembak’ tuu..

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Former Japanese Footballer Takes on Sake After Retirement

Let’s join him in his journey from being the hottest footballer to a Sake entrepreneur!

Trending Mon, 31 May 2021

Dek Kerana Terlalu Penat, Dr Noor Hisham Rayu Rakyat Bantu Frontliners

Gaisss… tolong patuh SOP untuk 2 minggu ni je!