Featured By: Maya Basir January 16, 2023 @ 8:53pm

Syed Saddiq Dedah Tabiat Pelik Suka Tidur Dalam Panggung Wayang – “Dia Tak Sama Bila…”

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan dia gemar tidur dalam panggung wayang.

Ahli Parlimen Muar itu berkongsi rahsia terbabit semasa sesi temu bual bersama pengacara, Amelia Henderson dalam podcast Studio Sembang.

Menerusi perkongsian di TikTok @studiosembang, selepas selesai bekerja, dia akan membeli tiket filem seorang diri pada tengah malam dan tidur sepanjang filem ditayangkan.

“Saya ni pelik sikit, some people pergi wayang ramai-ramai orang tapi untuk saya sampai sekarang pun bila saya bekerja untuk Kementerian, bila balik dari pejabat pukul 11, 12 malam, apa yang saya akan lakukan saya akan beli tiket seorang diri, tengok midnight movie sorang-sorang, tengok movie paling random, masuk dan tidur dalam cinema,” ujarnya.

Menurutnya, nikmat tidur di dalam panggung wayang sangat berbeza dengan tidur di rumah.

“Saya tak tahu kenapa tapi rasanya white noise, dia tak sama bila tidur dalam panggung wayang dengan tidur bila tengok Netflix tau, very different.

“Benda ni adalah perkara yang saya masih buat sampai sekarang tapi diam-diamlah pakai hoodie, pakai eye mask dan pernah kantoi tapi mereka memahami,” jelasnya.

@studiosembang ha cepat mengaku sape buat mcm ni jgk? like seriously blh ke tido dlm cinema? it’s too noisy, no? jom watch/listen to this episode! #studiosembang ♬ original sound – Studio Sembang

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tabiat pelik Saddiq dan pernah melakukan perkara yang sama.

“Okay dah jumpa gang tidur dalam cinema.

“Tak sangka ada geng pergi wayang semata-mata nak tidur.

“Kelakar jugak YB,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Bukan Sombong Tapi…

Hurm…apa kes ni?

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Izzara Aishah Memilih Watak?

Bila dah kahwin, suami akan teliti skrip yang ditawarkan dulu.

Trending Mon, 2 Aug 2021

“Kita Tengok Berapa Duit Yang Dia Ada” – Suami Lana Nodin Arahkan Peguam Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Suami kepada pelakon Lana Nodin, David Mckienzie sudah mengarahkan pihak peguam untuk menghantar surat tuntutan kepada pengarah Michael Ang. Surat tuntutan terbabit dihantar atas dakwaan pengarah itu mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya. Memetik laporan Harian […]

Trending Tue, 29 Jun 2021
Acara Mon, 8 Oct 2018

Hadir Memukau, Laluan Permaidani Merah ABPBH31 Milik 3F – Fattah, Fazura Dan Fasha

Kehadiran Fazura dan Fattah mendapat sorakan hebat peminat!

Selebriti Thu, 21 Apr 2022
Hiburan Fri, 15 Feb 2019

1800 Tiket Habis Dijual, Peminat Blue Jangan Berlengah Lagi!

Whoah, the boys are coming back. Siapa kat sini excited? Jumpa di Dewan Wawasan, Menara PGRM pada 3 Mac nanti okay!