Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 26, 2023 @ 7:27pm

Isteri Hamil 5 Bulan, Syafiq Farhain Berdebar Bakal Timang Anak Pertama

Pelakon dan penyanyi, Syafiq Farhain memaklumkan isteri tercintanya, Alia Nadia kini mengandung lima bulan.

Memetik laporan Wilayahku, Syafiq memohon doa orang ramai agar proses bersalin isterinya berjalan dengan lancar, namun begitu dia mengakui berasa sangat gementar menanti kelahiran anak pertamanya.

“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama-sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat.

“Insya-Allah, isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang saya buat nanti.

“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” ujarnya.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim turut berkongsi perkembangan baharu dirinya yang terpilih untuk membantu Iskandar dalam Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar Spring yang akan diadakan pada Ahad ini.

“Alhamdullillah saya akan menyanyikan empat buah lagu pada Ahad ini. InsyaAllah lagu-lagu yang akan dinyanyikan adalah lagu Iklim. Saya harap jelajah ini akan dapat sambutan dan sokongan ramai untuk kita sama-sama membantu abang Iskandar yang memerlukan,” katanya.

Sekadar info, Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Ramona ZamZam Rindu Siapa Tu?

Sabar okay Ramona! Waktunya pastinya tiba.

Trending Wed, 20 May 2020
Trending Sat, 13 Mar 2021

Sempena Hari Wanita Sedunia, Siti Sarah Nak Taja Hijab Kepada Wanita Free Hair Selama Setahun

Bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut baru-baru ini, penyanyi Siti Sarah berhasrat untuk menaja tudung selama setahun kepada 10 orang peminatnya. Pelantun lagu Ke Hujung Dunia itu memilih lima wanita yang sudah berhijab dan lima […]

Featured Fri, 19 Feb 2021

Pengasas Aplikasi Sugarbook Direman 7 Hari

Masih dalam siasatan pihak polis

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Takziah! Bapa Mertua Achey Meninggal Dunia

Assalamulaikum, bapa mertua saya iaitu ayah kepada @anne_achey telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 11.20 malam tadi

Trending Sun, 11 Aug 2024
error: Content is protected !!