Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain January 27, 2023 @ 4:01pm

Isteri Kerap Mengalami Pendarahan Ketika Kehamilan Ke-6, Aliff Syukri Batal Hasrat Nak Anak Ramai

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dirinya terpaksa membatalkan hasratnya untuk memiliki anak yang ramai selepas isterinya, Datin Seri Nur Shahida kerap mengalami pendarahan di kehamilannya kali ini.

Menurut Aliff, dia sangat bimbang akan kondisi isterinya, Shahida yang kerap mengalami pendarahan sewaktu awal kehamilan gara-gara masalah uri ke bawah.

Kini, Aliff dan Shahida bakal menimang cahaya mata yang keenam dan usia kandungnya sudah mencecah tujuh bulan.

“Saya terkejut bila uri dia ke bawah dan mengalami pendarahan lebih daripada lima ke enam kali. Alhamdulillah, bila dah bulan keenam atau ketujuh dia punya uri dah naik sikit dan tak mengalami pendarahan.

“Baru-baru ni dia terpaksa masuk ke wad sebab mengalami pendarahan yang sangat banyak. Saya terkejut bila darah tu dekat satu mangkuk penuh. Saya ingat dah gugur. Masalah uri ke bawah ni pengalaman pertama kami,” katanya.

Selain itu, usahawan itu juga meluahkan rasa syukurnya kerana kandungan isterinya kini berada dalam keadaan selamat.

Namun, dia terpaksa akur dan membatalkan hasratnya untuk memiliki anak yang ramai kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan yang dialami.

“Alhamdulillah, baby dalam keadaan selamat. Cuma saya tak sangguplah nak tengok dia sakit. Daripada plan nak 10 orang anak, sekarang ni mungkin saya cut jadi ini anak saya yang last.

“Sebab kalau dia mengalami masalah ni, even dia nak jalan 10 langkah pun tak boleh. Dalam keadaan lemah, dah nak dekat dua bulan kat mana-mana kena pakai kerusi roda sehingga perlu memakai pampers takut darah keluar,” jelasnya.

Dalam perkongsian lain, Aliff juga menyatakan dia sudah serik untuk mengambil anak angkat kerana tidak mahu sejarah lama berulang kembali.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Apr 2025
Featured Tue, 27 Dec 2022
Trending Fri, 8 Apr 2022

Nak Membantu Sepanjang Ramadan? Bukan Sahaja Sumbangan Kewangan Tau, Kita Boleh Pelbagaikan!

Kebanyakan masyarakat hari ini sering mengaitkan derma dengan orang kaya dan berpendapat bahawa mereka tidak mampu untuk melakukan kebaikan kerana berfikiran derma hanya melibatkan bentuk kewangan. Sebenarnya, terdapat pelbagai kebaikan yang boleh dilakukan yang tidak […]

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Baggio Pertaruhkan ‘Laduni Cinta’

Baggio atau nama sebenarnya Bahagia bin Daharun merupakan penyanyi utama kumpulan Damasutra yang begitu popular pada suatu ketika dahulu dengan lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’. Baggio yang sudah 30 tahun berada di dalam industri muzik, […]

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Featured Fri, 24 May 2024
Featured Fri, 6 Jan 2023

Tak Kisah Berpakaian Sederhana, Fynn Jamal Berniqab Demi Kejar Ganjaran Akhirat

Penyanyi Fynn Jamal yang sudah beristiqamah mendekatkan diri dengan hal keagamaan berpesan untuk tidak terlalu taksub dengan fesyen yang lagha. @ayana2262 #assalamualaikum_🙏 ♬ bunyi asal – 𝚈𝚊𝚗𝚊1202 Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh […]

Featured Thu, 21 Jul 2022
error: Content is protected !!