Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 1, 2023 @ 6:35pm

Kena Sindir Dengan Suami Fatin Afeefa Di Mahkamah, Ini Respons Adam Shahz

Baru-baru ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa memuat naik video seakan-akan menyindir bekas suami yang juga seorang pelakon iaitu Adam Shahz semasa di mahkamah.

Memetik laporan Harian Metro, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas ada pihak yang memberitahu kepadanya.

Menurutnya, dia memilih untuk berdiam diri dan menyatakan sudah lali dengan situasi seperti itu.

“Saya tak nak komen dan lebih baik saya berdiam diri dulu. Saya tak kisah pun kerana sudah biasa berdepan dengan perkara seperti itu selama lima tahun,” katanya.

Mengulas mengenai hak penjagaan anak, dia memberitahu tidak mencapai kata sepakat dengan bekas isterinya itu dan ingin bersuara mengenai hubungan anak dan bapa sekali gus untuk mewakili semua golongan bapa di luar sana.

“Ini bukan harapan saya saja yang berdepan dengan isu hak penjagaan anak ini tetapi pada semua golongan bapa yang lain.

“Tak kisah bila berlaku perceraian, jika pihak sebelah sana atau sini ada benda-benda yang negatif pun kita kena ingat satu saja hubungan antara anak dengan emak atau ayahnya di mana itu tidak akan putus sampai kita mati.

“Saya tak kata saya baik kerana ini soal anak. Bila dah besar dia perlukan proses pembesaran yang sihat dan tak nak ada benda yang negatif,” jelasnya.

Disoal bila kali terakhir bertemu dengan anak, Adam memberitahu pada tiga bulan lalu dan sangat merindui anak perempuannya itu.

“Saya memang rindu dengan anak saya. Orang bercinta pun rindu apatah lagi dengan anak,” ujarnya.

Terdahulu, prosiding kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal Adam dengan Fatin di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 26 Januari lalu gagal mencapai kata sepakat.

Oleh itu, mahkamah menetapkan kes terbabit dibawa ke hadapan hakim pada 28 Februari ini.

Untuk rekod, Adam dan Fatin berkahwin pada Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia, 7, namun telah bercerai sekitar Mei 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Hiburan Sat, 16 Nov 2019
Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Kisah Viral Sat, 5 Nov 2022

Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

Suami kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan, Gerry Hughes disahkan meninggal dunia pagi semalam. Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh anak penyanyi itu, Atilia Haron yang juga merupakan seorang selebriti. Memetik laporan Harian Metro, Atilia memaklumkan […]

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

等了4年!蔡依林新专辑「名称、风格」曝光

天后Jolin蔡依林能歌善舞稳坐流行音乐歌坛一姐宝座,日前她宣布好消息,即将推出睽违4年的新专辑!

error: Content is protected !!