Featured By: Salma Syahbuddin February 3, 2023 @ 7:40pm

Pandai Menunggang Kuda, Pamer Sifat Lemah Lembut & Manja… Ini Fakta Menarik Mengenai Sophia AlBarakbah

Pelakon kontroversi, Sofia AlBarakbah, 30, semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Ia ekoran isu melibatkan konflik rumah tangga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan Bella Astillah yang didakwa diganggu oleh pihak ketiga sehinggakan ada dalam kalangan netizen yang menggelarkan dirinya sebagai penyondol.

ARTIKEL BERKAITAN:Dedah Bukti Perbualan, Simpan Nama ‘Sophia B**sia’ Di WhatsApp… Netizen Tuduh Bella Astillah ‘Over’

ARTIKEL BERKAITAN:“I Tak Nak Buat Statement Sebab…” – Sophia Albarakbah Tampil Perjelas Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Pelac*r?” – Isu Pelakon Wanita ‘Tersuka’ Suami Orang, Ini Komen Pedas Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN:Sharnaaz Ahmad Komen Isu Pelakon Wanita Kacau Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah – “Patut Kena Ban Keluar TV”

Namun, siapa sangka anak kelahiran Kuala Lumpur ini memiliki kelebihan tersendiri.

Merupakan anak kacukan Cina, Arab dan Melayu, Sophia dibesarkan dengan latar belakang bangsa dan budaya yang berbeza.

Malah, ibunya juga merupakan pemenang tempat pertama pertandingan kecantikan sekitar tahun 1980.

“Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk saya asal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia. Nenek saya orang Malaysia, dari Kelantan,” katanya.

 

Mendapat pendidikan dalam bidang Biokteknologi dalam jurusan dietetik di International Medical University, Sophia juga aktif dalam bidang iklan komersial dan turut memulakan langkah dalam dunia lakonan sejak tahun 2019 lagi.

“Saya belajar bioteknologi dan selepas itu, saya belajar bidang dietetik. Diploma Bioteknologi dan lepas itu, saya buat latihan amali selama tiga bulan untuk bidang itu.

“Kemudian, saya sedar yang saya suka belajar bidang itu (bioteknologi) tapi tak suka nak kerja dalam industri tersebut. Sebab kebanyakan masa saya habiskan masa dalam makmal. Agak membosankanlah dalam lab,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

 

Bahkan, namanya mula dikenali selepas berlakon dalam sebuah drama popular yang ditayangkan di stesen televisyen swasta berjudul ‘Tercipta Satu Ikatan’.

Kemudian, dia mula mengorak langkah menerusi filem pertamanya berudul ‘Mimaland’ bergandingan bersama pelakon popular, Fattah Amin.

Sejak dari itu, kehadirannya dalam industri seni tanah air semakin mendapat tempat sehingga diberi tawaran untuk melakonkan watak sebagai Malaika menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa dan Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya.

Pernah tersenarai dalam Top 20 bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular Anugerah Berita Harian Ke-33, Sophia juga aktif menunggang kuda.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)

 

Untuk makluman, aktres ini juga menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu, maka tidak hairanlah jika dia juga dikenali dengan nama lain iaitu, Sophia Koshka.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Dakwa Sophia AlBarakbah Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah, Ruangan Komen Instagram Kena Serang

ARTIKEL BERKAITAN:Sindir ‘Pelacur Sukarela’, Selar Wanita Suka Himpit Suami Orang… Bella Astillah Tuju Pada Siapa?

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

 

Sumber: Nona, Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 12 Feb 2020
Featured Tue, 19 Dec 2023
Trending Mon, 19 Mar 2018

「枇杷膏」是调酒神配料?外国最惊奇新流行

外国网友近日发现「念慈庵川贝枇杷膏」除了止咳的效果非常好之外,且也是调酒界的「神级配料」!日前在美国更是被炒到天价70美元(约274令吉)的价格,比正常价格贵了10倍以上。

Featured Mon, 26 Apr 2021

Senarai 79 Buah Sekolah Di Selangor Diarahkan Tutup 2 Hari Akibat COVID-19

Susulan jangkitan Covid-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, sebanyak 79 buah sekolah di Selangor diarahkan tutup hari ini selama 2 hari. Menerusi pekeliling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor yang tular itu, ia membabitkan […]

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Tawaran Berlakon Dah Tak Macam Dulu, Fauzi Nawawi Buka Hotel Bajet

Memulakan perniagaan bisnes hotel bajet sejak dua bulan lalu, Fauzi Nawawi mencontohi rakan artis lain yang sudah berjaya seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Yusof Haslam dan Fattah Amin yang turut memiliki perniagaan sendiri.

Featured Tue, 27 Dec 2022

[VIDEO] Adegan Mesra Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Buat Netizen Risau

Sweetnya! Berlakon saja tapi ada yang risau Bella jeles nanti