Gaya Hidup By: Yanie Baharom September 27, 2018 @ 1:00pm

Uniknya Terrarium Air Tangan Sang Pengembara…Love Sangat!

Kali pertama melihat keunikan terrarium membuatkan Pengurus Siaran Traxxfm, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Rosli Mohd Nordin, 41 tahun seolah-olah jatuh cinta pandang pertama terhadap seni hiasan tanaman dalam balang kaca ini.

Manakan tidak, asimilasi tumbuh-tumbuhan seperti lumut (moss), pokok renek, bonsai, paku pakis, batu-batuan, perhiasan kecil berbentuk figura manusia dan haiwan serta binaan fizikal (rumah, kincir angin dan jambatan) bersatu menjadi sebuah dunia kecil yang sangat indah.

“Kali pertama melihat hiasan dalam balang kaca ini ialah dari instagram bekas pelajar saya, di mana sebelum ini saya merupakan Pensyarah Sambilan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus, Shah Alam. Saya sering melihat posting beliau berkongsi hasil terrarium terbaru untuk dihantar kepada pembeli.

“Suatu hari, selepas saya berjoging di sebuah taman, saya dan seorang rakan secara tidak sengaja melihat gugusan lumut yang begitu cantik di celahan pokok. Saya bagi tahu kawan saya, cantiknya lumut ini, apa kata kita bawa balik dan buat terrarium. Kawan saya juga rupanya mempunyai minat yang sama dan kami masing-masing “memborong” lumut tersebut.

“Selepas itu, dengan semangat yang berkobar-kobar saya mencari balang yang sedia ada di rumah dan membuat “gubahan” terrarium pertama saya, tanpa sebarang pengetahuan dan pengalaman yang banyak, hanya menonton penghasilan terrarium dari Youtube semata-mata, orang cakap pakai “belasah” sahaja.

“Hasilnya boleh tahan, namun ada banyak kesilapan yang saya lakukan dalam penghasilan terrarium tersebut,” jelas Rosli menceritakan bagaimanakah permulaan beliau terlibat secara serius dalam menghasilkan terrarium.

Istilah Terrarium

Terrarium berasal daripada gabungan dua perkataan Latin iaitu “terra” yang membawa maksud bumi dan “rium” yang bererti alam mini. Terrarium ialah perhiasan tanaman dan pelbagai aksesori dalam bekas atau balang yang diperbuat daripada kaca atau plastik lut sinar.

Foto: Rosli Mohd Nordin

Foto: Rosli Mohd Nordin

Foto: Rosli Mohd Nordin

Kesilapan Membuat Terrarium

Kesilapan dalam menghasilkan sebuah terrarium terletak pada susunan lapisan batu-batuan, pasir, arang, lumut kering, lumut hidup dan perhiasan serta pokok yang disusun dalam bekas atau balang terrarium.

Susunan yang betul sangat penting bagi memastikan survival setiap sebuah “karya” terrarium bertahan lebih lama jika dijaga dengan baik. Menurut Rosli, susunan yang betul perlu dititkberatkan kerana ia membantu sirkulasi udara dan air dalam balang kaca terrarium.

“Pada peringkat awal saya terlibat dalam penghasilan terrarium ini, saya membuat susunan bahan-bahan terrarium mengikut logik semata-mata, contohnya batu-batuan besar di lapisan paling bawah dan diikuti lapisan kedua batuan lebih kecil, pasir, kompos atau tanah kemudian baru saya letakkan lumut atau pokok-pokok kecil bersama hiasan (aksesori) tambahan bagi mencantikkannya.

“Saya juga tidak meletakkan arang dan lapisan lumut kering yang dibasahkan. Namun hasil perkongsian tips dan maklumat dari rakan saya, Aziz Majid yang merupakan peminat dan pengubah terrarium, barulah saya memasukkan arang bagi memastikan sirkulasi udara dan sisa toksik yang dikeluarkan dalam setiap balang terrarium (khususnya balang terrarium berpenutup) dapat distabilkan.

“Saya juga mengambil inisiatif berguru dengan seorang arkitek yang juga aktif membuat terrarium di Bangkok, Thailand. Joe yang saya kenali melalui instagram begitu mahir membuat terrarium dan beliau mengadakan kelas secara persendirian dengan saya.

“Hasil pembelajaran dan penerokaan serta pemerhatian sendiri, saya juga mendapati terlalu banyak ilmu membuat terrarium ini yang masih belum saya kuasai dengan baik,” tegas Rosli yang merupakan seorang penerbit program Syahadah dan Panorama untuk siaran RTM.

Foto: Rosli Mohd Nordin

Foto: Rosli Mohd Nordin

Inspirasi Mengubah Terrarium

Keunikan terrarium karya Rosli tidak sahaja terletak kepada susunan bahan dan perhiasan dalam setiap balang yang dihasilkan, malah setiap karya beliau mempunyai cerita dan tema yang tersendiri, contohnya seperti suasana mendaki gunung, suasana rumah agam yang mempunyai ladang, kehidupan di savana, alam fantasi dan suasana persekitaran pekerjaan jurufoto.

Pengalaman sebagai wartawan penyiaran dan terlibat dalam pengambaran bagi liputan dan penerbitan program RTM telah memungkinkan Rosli menjelajah hampir 40 buah negara. Maka tidak hairanlah, kreativiti gubahan terrarium beliau mengambil inspirasi hasil kunjungan beliau ke destinasi menarik di pelbagai negara.

“Cabaran utama bagi menghasilkan setiap karya terrarium yang mempunyai jalan cerita atau tema tertentu ialah menjadikannya benar-benar realistik seperti saiz figura manusia mestilah mempunyai logik dengan saiz rumah, pokok, kereta dan haiwan yang menghiasi terrarium tersebut.

“Maksudnya saiz figura manusia ini ialah ia mestilah lebih kecil dari saiz rumah, saiz pokok yang dipilih mestilah lebih besar dari saiz miniature haiwan dan begitulah sebaliknya.

“Selain itu, cabaran utama untuk menghasilkan terrarium yang baik ialah mendapatkan miniature dan aksesori yang sesuai. Di Malaysia, penghasilan agak masih “hijau” berbanding dengan negara seperti Thailand, Jepun dan negara-negara di Eropah. Saya perlu pergi ke Bangkok bagi mendapatkan pelbagai peralatan dan perhiasan terrarium yang berkualiti tinggi dan unik,” ujar Rosli yang turut aktif sebagai bakat untuk iklan komersil (TVC) seperti Shopee Uber, Minyak Masak Alif dan Keropok Mony.

Tambah Rosli lagi, untuk membuat satu karya terrarium beliau perlu membeli bahan dan perhiasan terrarium minima daripada lima hingga 10 buah kedai yang berlainan (kedai cenderamata, kedai kelengkapan perkahwinan, kedai akuarium dan haiwan peliharaan serta nurseri).

Ini berikutan tiada kedai sehenti yang menjual bahan-bahan membuat terrarium. Justeru apabila ditanya tentang perancangan masa hadapan beliau, Rosli menegaskan beliau bercita-cita ingin memiliki sebuah kedai sehenti yang menjual pelbagai peralatan, bahan, bekas atau balang kaca, aksesori, miniatur, pokok, lumut dan produk siap serta penganjuran kelas membuat terrarium.

“Impian saya sangat tinggi dalam bidang kreatif seumpamanya, selain ingin berkongsi minat dan kemahiran yang saya miliki, saya juga ingin pergi lebih jauh dalam penghasilan terrarium ini. Saya melihat potensi hobi membuat terrarium ini mampu menjana pendapatan yang lumayan jika diusahakan secara serius, namun ia memerlukan kecekalan, minat yang tinggi dan perancangan yang untuk lebih berjaya.

“Saya berharap jenama Magic Fingers Terrarium bakal menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan sebagai hadiah korporat, hadiah untuk hari istimewa seperti sambutan hari jadi, graduasi, majlis perpisahan dan majlis pertunangan mahu pun perkahwinan. Terrarium yang saya hasilkan juga sesuai untuk dijadikan perhiasan di rumah, pejabat mahupun penganjuran pelbagai jenis majlis rasmi dan tidak rasmi,” tegas Rosli.

Ramai orang ingin membuka perniagaan, namun “ilmu berniaga” tiada; jadi apabila membuka perniagaan potensi perniagaan itu gulung tikar adalah sangat tinggi, jadi untuk mengelakkan perkara tersebut daripada terjadi apabila Rosli  membuat persiapan dan perancangan perniagaan yang betul.

“Terrarium merupakan perhiasan dalam balang kaca yang sangat unik dan memberi satu nilai tambah serta estetika jika dijadikan perhiasan tambahan di rumah, pejabat mahupun majlis keraian,” ujar ujar Rosli yang merupakan lulusan dalam Penerbitan Buku dan Perilanan dari Universiti Malaya (UM).

“Saya turut mengadakan bengkel kepada orang perseorangan, berkumpulan, pertubuhan, syarikat dan persatuan. Harga bengkel bergantung kepada pakej yang ditawarkan berharga antara RM150-250 untuk seorang. Harga jualan untuk setiap unit terrarium pula bermula serendah RM60-450,” jelas Rosli.

Sedikit informasi mengenai Rosli, pemuda ini berkelulusan dalam Pengajian Media dan Seni Persembahan daripada Universiti Malaya menerima pelbagai pengiktirafan (15 anugerah kewartawanan, penerbitan dan penyiaran) antaranya Anugerah Wartawan TV Terbaik sempena Hadiah Kewartawanan Malaysia 2005 dan 2006 anjuran Petronas dan Institut Akhbar Malaysia.

Beliau juga sering dijemput sebagai panel dan juri jemputan yang berkaitan dalam dunia penyiaran, antaranya Juri di Festival Dokumentari Antarabangsa anjuran Radio Televisyen Turki (TRT) pada tahun 2015.

Foto: Rosli Mohd Nordin

Foto: Rosli Mohd Nordin

Foto: Rosli Mohd Nordin

Bahan dan peralatan asas membuat terrarium

  • Balang kaca lutsinar
  • Tanah atau kompos atau aquarium soil
  • Pelbagai jenis batuan kecil
  • Pasir
  • Arang
  • Lumut (moss)
  • Pelbagai jenis pokok
  • Miniatur (manusia, rumah, haiwan, jambatan dan watak kartun-animasi)
  • Spatula
  • Sudu
  • Gunting dan pisau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

Elak Jadi Mangsa Jenayah! Semua Wanita Wajib Belajar 7 Aksi Pertahankan Diri Ini

Persepsi wanita itu ‘lemah’  sehingga mendedahkan diri mereka kepada bahaya yang menggugat keselamatan diri harus dikikis!

Gaya Hidup Wed, 29 Aug 2018

Wanita 4 Series Disangka 20-an, Kisah Awet Muda Lure Hsu Bikin Tular!

Selain faktor genetik, Lure turut mendedahkan dia mengamalkan diet pemakanan yang ketat untuk mengekalkan keremajaan.

Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Gaya Hidup Fri, 14 Sep 2018

Jangan Asyik Salahkan Udara Luar, Pastikan Persekitaran Rumah Anda Juga Sentiasa Nyaman Dan Bersih

Pencemaran bukan saja berlaku di luar rumah tetapi boleh terjadi di dalam rumah juga!

Featured Mon, 16 Jul 2018

Bau Seperti Klorin & Roti Basi. Ini 5 Bau Vagina Yang Perlu Anda Tahu

Vagina yang sihat memiliki aroma yang sedikit hamis tetapi tidak terlalu kuat.

Gaya Hidup Mon, 7 Oct 2019

Gaya 90-an jadi inspirasi rekaan kasut ‘streetwear’ pertama Lacoste

Kekal elegan dengan kasut ‘streetwear’ Court Slam

Gaya Hidup Sun, 8 Apr 2018

Nak Jaga Suara, Amalkan 6 Perkara Ini

Suara yang merdu dan sedap didengar lazimnya dimiliki oleh para qari qariah, penyanyi, penyampai radio serta mereka yang menggunakan suara sebagai sumber pendapatan.

Kita yang mendengar bacaan, nyanyian ataupun celoteh mereka pasti terpesona atau terhibur. Bagaimanakah kita boleh mendapatkan suara sebegitu?

Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

Elemen inovasi, ‘sporty’ dan sejarah warnai koleksi terbaharu Onitsuka Tiger

Koleksi pakaian musim bunga dan musim sejuk tahun 2020