Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 6, 2023 @ 8:52am

Famili Duo: “Saya Alukan Netizen Maki Saya, Asalkan Jangan Ganggu Peserta” – Kontroversi Sissy Imann, Mas Idayu Dedah Dipanggil B*bi, C*laka, S*al & Anj*ng

“Saya sangat mengalu-alukan netizen memaki diri saya, asalkan jangan ganggu peserta Famili Duo.”

Demikian pendirian juri tetap program realiti Famili Duo TV3, Mas Idayu yang memberikan ulasan mengenai isu kontroversi yang melibatkan dirinya bersama duo sepupu, Sissy Imann dan Naim Daniel.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Tahan Tangisan Selepas Dengar Komen Mas Idayu, Sissy Imann Sebak Sampai Hilang Kata-Kata

ARTIKEL BERKAITAN: “I Ended Up Hurting So Many People By Singing Terribly” – Menangis Lepas Dengar Komen Mas Idayu, Sissy Imann Mohon Maaf

Terpalit isu selepas kritikan terhadap pasangan tersebut membuatkan Sissy mengalirkan air mata dan hilang kata-kata, Mas Idayu yang ditemui XTRA usai konsert akhir Famili Duo enggan memberikan kenyataan ketika kontroversi masih panas kerana tidak mahu peserta terganggu.

“Itu yang saya harapkan, jangan maki peserta. Sebab itu saya tak mahu bersuara langsung sejak awal. Saya tak mahu mereka terganggu. Ada peserta yang mesej saya di Instagram, mereka katakan nampak sangat saya sayangkan Sissy dan Naim berbanding mereka.

@xtra_my Persembahan kedua dari Sissy & Naim 🥰 Min suka dengan suara Sissy untuk persembahan tadi, rasa terbuai je 😘😋 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 #sissyiman #naimdaniel ♬ original sound – XTRA

“Itu pun saya diamkan sahaja dan tidak balas mesej mereka kerana orang boleh nampak, saya memberikan teguran yang lebih kepada mereka berbanding peserta lain,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Menangis Lepas Dengar Komen Mas Idayu, Ini Respons Bapa Sissy Imann

Tidak terasa hati dengan tindakan Sissy, penyanyi lagu Hasrat Perindu itu mendedahkan dirinya menjadi bahan kejian netizen selama seminggu.

“Saya tak terluka dengan tindakan Sissy yang menangis selepas diberikan komen dan berkongsi beberapa hantaran di Instagram selepas kejadian itu. Apa yang saya nampak, dia tak marah saya. Apa yang saya perhatikan, perasaannya lebih kepada kecewa dengan diri dia. Tetapi, kerana dia mendiamkan diri, netizen hentam saya.

@xtra_my Alhmdulilah.. malamni mummy komen tau Untuk persembahan sissy & naim! Siap bagi pujian tau untuk vokal terbaik malamni😍 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 #sissyiman #naimdaniel #masidayu ♬ original sound – XTRA

“Dalam masa seminggu kejadian berlangsung, saya dapat panggilan b*bi, c*laka, s*al, anj*ng dan sebagainya, tetapi saya tak nak jawab apa-apa pun kerana saya enggan mereka kacau peserta. Saya nak mereka fokus sehingga perjuangan tamat di pentas Famili Duo, itu yang saya harapkan. Makilah saya dahulu,” katanya.

Mengulas mengenai tindakannya yang tidak memberikan komen kepada Sissy dan Naim usai persembahan mereka di minggu seprauh akhir Famili Duo, Mas Idayu mempunyai alasan tersendiri.

“Saya nak dia kuat seperti orang lain. Saya nak Sissy dan Naim minta sendiri saya komen kerana saya nak mereka kental macam peserta lain. Sissy dan Naim sangat bijak dalam muzik, cuma mungkin di minggu keenam ada silapnya.

“Pernah tak sejak minggu pertama, juri katakan mereka tak bagus? Tak ada. Minggu keenam sahaja. Saya tak rasa apa-apa apabila dihamburkan kata-kata kejian kerana saya kental. Saya tak peduli, jika orang lain nak marah, marahkan saya, bukan peserta saya,” katanya.

Di konsert akhir, Sissy dan Naim mendapat tempat keempat serta berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Patutlah Makin Cantik, Ini Rupanya Rahsia Mimifly!

Mimi yang melalui episod kehancuran rumah tangga pada tahun 2017 turut menekankan kepentingan kesihatan mental seiring bersama penjagaan tubuh.

Featured Fri, 17 Jun 2022

Kes Kematian Faziani Rohban ‘Diragui’, Keluarga Minta Buka Semula Siasatan Lanjut

Alamak unsur apa yang diragukan tu? 😥Semoga kes dapat dirungkaikan dengan cepat dan keluarga Allahyarham dapat menuntut keadilan yang sewajarnya ❤️

Hiburan Sun, 5 May 2019

Sedih Tak Dapat Berniaga, Caliph Buskers Reda

Cuma, ia lebih kepada rasa sedih sebab selain berlumba-lumba mempertingkatkan pahala beribadat, Ramadan juga dianggap sebagai bulan bagi menambahkan rezeki.

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Yang Confirm Syurga Ni Pun Mulakan Dengan…” – Bandingkan Dengan Anak Zarina Zainuddin, Netizen Perli Ratu Kerana Mencarut

Pelakon Zarina Zainuddin meraih pujian apabila anaknya, Azal Azrai membaca Surah Al-Fatihah ketika sedang bermain ‘flying fox’ di sebuah resort di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini. Sebelum ini, tular video seorang pempengaruh media sosial, Ratu […]

Trending Sun, 13 Oct 2019

Bayi Comel Bercampur Najis Ditemui Dalam Tong Sampah

Netizen Berang Dengan Pelaku Zalim Buang Anak

Trending Fri, 20 Aug 2021

Remy Ishak Bakal Tamatkan Zaman Bujang Sabtu Ini

Kalau dah jodoh tak kemana…♥

Events Fri, 28 Feb 2025

Raut Wajah Kelihatan Sugul, Ibu Allahyaham Zulfarhan Terkilan – “Kami Tahu Arwah Tak Salah”

“Jika mereka (tertuduh) datang minta maaf, saya sedia maafkan tapi…” – Ibu Zulfarhan

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Kiriman Bunga Tak Bermakna Bercinta

Hal ini turut diakui sendiri oleh Ruhainies namun pelakon Hello, Mr Perfect! ini menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan. Dengar tu, Ruhainies masih single ya!

error: Content is protected !!