Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 5, 2019 @ 4:56pm

Sedih Tak Dapat Berniaga, Caliph Buskers Reda

Atas masalah penglihatan dialami mereka, kumpulan Caliph Buskers sedih apabila tidak dapat menjalankan perniagaan bermusim sempena bulan puasa seperti kebanyakan rakan artis lain.

Kata vokalis utamanya, Azmi, prospek berniaga di bazar Ramadan pernah dibincangkan bersama rakan lain ketika awal kemunculan mereka dahulu, tetapi terpaksa dilupakan begitu sahaja.

“Kami cuba mencari pendapatan sampingan setiap kali menjelang musim perayaan, cuma perniagaan makanan atau minuman bukan untuk Caliph Buskers. Begitu juga dengan baju raya kerana tentunya lebih puas jika kami dapat melihat warna dan fesyen yang mahu dijual kepada orang ramai.

“Begitupun, kami tidak menyalahkan takdir dan tentunya reda dengan ketentuan Tuhan. Cuma, ia lebih kepada rasa sedih sebab selain berlumba-lumba mempertingkatkan pahala beribadat, Ramadan juga dianggap sebagai bulan bagi menambahkan rezeki.

“Sebab itu Caliph Buskers menumpukan perhatian kepada persembahan jalanan sahaja,” katanya ketika ditemui selepas menjayakan sesi rakaman sebuah program hiburan yang akan disiarkan pada musim raya, di sini.

Enggan terus melayan perasaan, Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd Saat berkata, mereka tetap bersyukur apabila peminat dan stesen televisyen tidak melupakan Caliph Buskers.

Tawaran untuk menjayakan beberapa rancangan televisyen bagi siaran Aidilfitri sedikit sebanyak mengingatkan peminat terhadap kewujudan kumpulan berkenaan.

“Begitupun, kami tak boleh mengharapkan undangan persembahan semata-mata. Jadi, kami tidak kisah ‘turun padang’ untuk ‘busking’ di lokasi yang kami rahsiakan dahulu buat waktu ini, demi kejutan untuk peminat.

“Sepanjang Ramadan nanti, kami sudah mempunyai senarai lokasi yang bakal disinggahi. Selagi diberi kudrat, kita akan terus bergerak, tambahan pula menghiburkan khalayak di jalanan juga menjadi ruang untuk mempromosikan karya,” katanya lagi.

Kumpulan yang popular dengan lagu Hanya Namamu itu tampil bersama single terkini berjudul Hanya Mimpi, penghujung tahun lalu.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

‘Saya Tiada Masalah Dengan Madu’- Adira

Sejak berkahwin dengan Datuk Red saya memang tidak pernah berkunjung ke rumah madu apatah lagi pada Aidilfitri.

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

Penyanyi berusia 20 tahun dengan nama sebenar Jahseh Onfroy itu ditembak ketika sedang berada berhampiran sebuah kedai motosikal dan disahkan meninggal dunia sewaktu dirawat di hospital berdekatan.

Featured Mon, 11 Apr 2022
#tilljannah Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Majlis Sambut Menantu, Reen Rahim Geram Dengan Muka ‘Serius’ Adik Ipar – “Dia Ingat Dia Nak Pergi Perang Ke…”

Pelakon Reen Rahim telah menghadiri kenduri sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin di Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini. Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Reen atau nama sebenarnya […]

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Sebak! Ini Luahan Bakal Isteri Emy Buat Arwah

Melihat kepada keadaan Cathy, ramai rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat meminta agar Cathy melalui dugaan ini dengan sabar dan redha dengan setiap ketentuan ilahi diatas pemergian Allahyarham

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

Jangan Obses Dengan ‘Fattzura’

Gandingan yang digelar Fattzura ini terlalu taksub dan kekuatan sokongan peminat memang tidak dapat dinafikan

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

Adik Sudah Popular, Apa Komen Fasha Sandha?

Apa agaknya syarat Fasha buat adik tersayang?

error: Content is protected !!