TECH By: Salma Syahbuddin February 20, 2023 @ 9:00am

Rasa Malas Nak Iron Baju? Guna Je Panasonic Iron Steam Ni, Boleh Jimat Masa Korang Tau!

Pernah tak sebelum ni korang rasa payah and malas nak iron baju sebab ambik masa yang lama? Iron yang dah sedia ada dekat rumah ni pula selalu je buat hal. Suhu tak berapa nak panas lah, mudah terbakar lah..kadang-kadang tu rasa macam leceh betul.

Kalini, apa kata korang cuba invest untuk Steam Iron? Yang penting, ia lebih efektif dari iron biasa yang korang pernah guna. Jom kami kongsikan kelebihan lain yang ada pada Panasonic Iron Steam Generator ni!

Sangat berkualiti & mempunyai teknologi anti-calc

Kalau korang boleh tengok sendiri reka bentuk yang ada pada iron steam ni, sangat cantik kan! Ia juga mempunyai permukaan tapak yang licin, sistem pelarasan suhu automatik dan wapnya juga boleh dilaraskan.

Bukan itu saja, Panasonic Iron Steam Generator ini mempunyai teknologi anti-calc di mana fungsi nya adalah untuk elakkan sebarang pembentukan kalkus serta kuasa wap yang rendah yang mana ia boleh menyebabkan kerosakan, dan juga melekat pada pakaian tu nanti!

Selain itu, iron steam ini sangat mudah dijaga dan diselenggara tau! Ini kerana, anda tak perlu nak cuci bahagian boiler tu dengan kerap. Kapasiti air yang boleh diletak pun agak besar. Jadi, tak perlulah anda nak tambah air setiap masa.

Peningkatan wap yang kuat dan tahan lama

Selain itu, seterika ini juga mempunyai wap yang kuat dan berkuasa serta membuatkan masa pengewapan menjadi sangat lama.

Dengan itu, ia mudah untuk menghilangkan segala kedutan untuk setiap pakaian anda. Lepasni anda akan tampil dengan lebih yakin dengan kemasan yang anda dapat bila menggunakan Panasonic Iron Steam Generator. 

Fabrik tak mudah terbakar sebab ada mod penjagaan optimum!

Selalunya kalau nak guna iron ni, memang anda guna untuk pakaian atau fabrik yang biasa-biasa je kan? Tapi, dengan Panasonic Iron Steam Generator, anda boleh guna untuk cadar, kain meja dan juga fabrik tebal yang lain.

Ini kerana ia mempunyai mod penjagaan yang optimum dan ia dah disetkan tetapan nya walaupun dalam suhu yang tinggi.  Tak kiralah kain sutera, denim mahupun yang lain takkan membuatkan baju anda mudah terbakar.

Boleh bantu untuk membuang sehingga 99.99% bakteria pada pakaian

Bila korang cuci baju, kemudian jemur ditengah panas dekat luar, mesti akan ada sedikit bakteria sebab baju korang dah terdedah dengan angin dan asap-asap luar. Jadi, cara paling mudah nak elak dari bakteria tu, guna je iron steam dari Panasonic ni.

Bukan apa, ia boleh bantu korang untuk membuang bakteria yang melekat pada pakaian sehingga 99.99% tau! Kiranya kebersihan tu lebih terjamin lah…memang power!

Memang berbaloi untuk dimiliki, jom dapatkan sekarang!

 

Ha…lepasni bukan setakat ibu saja yang rasa nak iron baju setiap hari, anak-anak pun pasti rajin nak buat sendiri sebab senang nak guna dan paling penting boleh jimat masa. Paling menarik, korang siap boleh dapat iron board percuma tau kalau korang membuat pembelian sepanjang 2023 ni! Memang berbaloi sangat!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan Panasonic Iron Steam Generator ini di pasaran sekarang. Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, korang boleh klik di SINI.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 31 Dec 2021

“Saya Terima Segala Kecaman, Tapi..” – Ganti Noraniza Idris Nyanyi Lagu Intan Payung, Amsyar Leee Dikritik Netizen

Teka-teki pengganti penyanyi Noraniza Idris untuk menyampaikan lagu Intan Payung bersama Bunga di persaingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) akhirnya terjawab. Penyanyi baharu, Amsyar Leee dipilih untuk menggantikan Ratu Pop Tradisional yang kini sedang […]

Trending Sun, 8 Dec 2019

Eropah Bakal Terima Gelombang Panas Melampau Setiap Tahun

Eropah bakal berhadapan dengan gelombang panas melampau setiap tahun dan kehilangan separuh daripada hasil tuaian pada masa depan kecuali terdapat usaha yang agresig diambil untuk mengatasi perubahan iklim. Menerusi laporan oleh agensi alam sekitar Kesatuan […]

Featured Thu, 9 Mar 2023
TECH Sun, 22 Jul 2018

CEO OnePlus Akui Model OnePlus X Merupakan Produk Yang Gagal

OnePlus terkenal dengan jolokan flagship killer dimana hadir dengan peranti berspesifikasi tinggi tetapi dijual pada harga yang berpatutan. Cubaan melebarkan sayap dalam pasaran pertengahan pada 2015 melalui OnePlus X, dilihat tidak seperti apa yang dirancang kerana gagal […]

Trending Tue, 8 Dec 2020

Bantuan Sebanyak RM1,000 Ringankan Beban Golongan Sasaran

Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya

Trending Thu, 25 Jun 2020
Trending Thu, 1 Jul 2021

Zara Zya Nak Bantu Golongan Rider

Pelakon Zara Zya merancang mahu menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan penghantar makanan atau ‘rider’. Aktif melakukan kerja kebajikan, aktres yang menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan memerlukan sejumlah dana bagi merealisasikan niat […]

Hiburan Mon, 13 Dec 2021

Realisasi Impian Jadi Penyampai Dengan Hot FM Radio Star

Berminat untuk menjadi seorang penyampai radio? Hot FM baru-baru ini telah melancarkan satu kempen iaitu Hot FM Radio Star! Kempen inisiatif kerjasama di antara Hot FM dan Supercube ini bertujuan untuk mencari bakat baharu sebagai […]