Euforia Bola 2026
Drama By: Padin February 14, 2023 @ 2:30pm

Kenali Ahli-Ahli ‘Rombongan Cik Kiah Ke AJL’

Filem original Tonton, ‘Rombongan Cik Kiah Ke AJL,’ membawakan telatah dan kerenah watak-watak yang pasti menggelikan hati para penonton. Pelbagai rintangan perlu ditempuhi demi menghadiri Anugerah Juara Lagu (AJL) di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Kenali ahli-ahli rombongan yang menceriakan perjalanan ini.

#1 Cik Kiah (Lakonan Delimawati)

Cik Kiah merupakan ketua bagi rombongan kampung untuk ke AJL. Dia telah memilih lima orang untuk dibawa ke acara berprestij itu. Ini termasuk anaknya, Ali dan bakal menantunya, Mira.

Cik Kiah mempunyai reputasi yang disegani berdasarkan pengalamannya mengendalikan rombongan yang penuh cabaran ke Sukan Komanwel dan Kelana Jaya.

#2 Mira (Lakonan Nabila Razali)

Mira adalah kekasih kepada Ali, anak teruna Cik Kiah. Perasaan cintanya terhadap teman lelakinya itu menyemarakkan rasa cemburu terhadap Pipah yang merupakan bekas kekasih Ali.

Mira juga merupakan peminat besar penyanyi Nabila Razali. Dia memberi sokongan tidak berbelah bahagi buat artis kegemarannya itu bagi AJL.

#3 Udin (Lakonan Naim Daniel)

Udin adalah musuh kepada Ali. Perkara ini tidak begitu menghairankan kerana dia merupakan bekas kekasih Mira. Udin bekerja keras untuk menambat kembali hati Mira.

Udin telah dipilih oleh Tok Ketua untuk menyertai rombongan ke AJL. Gelagat goyang badan merupakan ‘trademark’ Udin.

#4 Ali (Lakonan Ucop)

Ali merupakan anak lelaki Cik Kiah. Dia juga adalah teman lelaki Mira manakala Pipah, anak kepada Cik Embun yang merupakan kawan baik emaknya, adalah bekas kekasihnya. Ali ligat membantu Cik Kiah menguruskan rombongan ke AJL.

#5 Tok Ketua (Lakonan Ahmad Tarmimi Siregar)

Tok Ketua adalah gelaran panggilan bagi ketua kampung yang disayangi ramai ini. Tok Ketua jug menaruh perasaan terhadap Cik Kiah.

#6 Jamal (Lakonan Kazar Saisi)

Pada suatu ketika, Jamal merupakan orang kaya di kampung. Namun, dia sudah jatuh muflis. Walaupun begitu, Jamal tetap dengan lagaknya.

#7 Cik Embun (Lakonan Rozie Othman)

Cik Embun merupakan orang kanan Cik Kiah. Mereka bagai isi dengan kuku. Di mana ada Cik Kiah, di situ ada Cik Embun. Cik Embun juga membantu Cik Kiah menguruskan rombongan ke AJL.

#8 Pipah (Lakonan Natasya Mahyan)

Pipah adalah anak kepada Cik Embun. Dia masih tidak melupakan kisah cinta monyetnya sewaktu zaman persekolahan. Oleh sebab itu, Pipah bermusuhan dengan Mira kerana Ali telah meninggalkannya untuk bersama Mira.

Pipah juga terkenal dengan sikapnya yang gedik.

#9 Milah Propa (Lakonan Kiah Propa)

Milah Propa adalah salah seorang penduduk kampung yang tegar mengadu. ‘Kaki komplen’ itulah sifatnya. Dia juga merupakan seorang ‘mak cik bawang’ yang suka melaga-lagakan penduduk kampung. Wany Hasrita adalah penyanyi yang disokongnya untuk AJL.

Cerita Apa? ‘Rombongan Cik Kiah Ke AJL’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Nov 2022

Bergaduh Dengan Adik, Sajat Menangis Ketika Live TikTok – “Abang Mengalah Lah Dengan Adik”

Tular sebuah hantaran di laman TikTok yang memaparkan usahawan kontroversi Nur Sajat menangis kerana mengalami salah faham dengan adik kangdungnya yang dikenali sebagai Mustika. @irahhashim Sajat gaduh dengan adik dia #sajat #mustika ♬ original sound […]

Hiburan Thu, 20 Mar 2025

Tampilkan Lakonan Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Fizz Fairuz, DJ Lin & Ramai Lagi… Drama Raya ‘Hayati’ Angkat Genre ‘Psikologi Emosional’

Menampilkan barisan pelakon hebat, drama raya berjudul ‘Hayati’ menjadi sebuah naskhah unik.

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Asyik Watak Lelaki Sweet, Alif Satar Nak Cuba Benda Baharu

Kali terakhir saya berlakon watak berat dalam drama Pia. Insha Allah kalau ada tawaran yang mencuit hati, saya mahu cuba…

Hiburan Wed, 15 Apr 2026

AJL40 Separuh Akhir Bakal Bermula, 20 Karya Rebut Tiket Ke Pentas Akhir… Berapa Lagu Akan Layak?

Anugerah Juara Lagu ke-40 Separuh Akhir kini bersedia menyaksikan persaingan sengit antara 20 karya terbaik.

Featured Tue, 30 Jul 2024

Gesa Ibu Bapa Pantau Anak-Anak Isu Buli Siber, Khairul Aming Mengaku Terkesan Terima Komen Negatif -“Nak Kata Saya Tak Ada Haters, Tipulah!”

Haa, dengar tu! Jangan layan komen negatif tapi ambil input untuk tambah baik content yang nak dihasilkan🙌🙌🙌

Featured Fri, 22 Apr 2022

Mawi Tak Kisah Dilabel Sebagai ‘Suami Takut Bini’

Jarang-jarang kan suami berani nak mengaku takut bini…

Featured Wed, 9 Jul 2025

“Reels & Video Islamik Adalah Sumber Kekuatan” – Neelofa

Mungkin boleh follow tips Lofa ni okay!

error: Content is protected !!