Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom October 1, 2018 @ 4:00pm

Lapan Pekerjaan Pelik Yang Wujud Di Muka Bumi Tuhan

Lapan pekerjaan ini aneh tapi benar. Bahkan sesetengahnya menerima bayaran lebih tinggi daripada seorang doktor, jurutera mahupun akauntan. 

Nak tahu apakah lapan pekerjaan itu, teruskan membaca lampiran di bawah ini.

1. Tukang Peluk Profesional

Foto: BLUNTmoms

Anda merasa kesunyian dan ingin didakap tetapi bimbang individu tertentu mengambil kesempatan ke atas diri anda?  

Jangan terkejut kerana ada beberapa syarikat di luar negara yang menawarkan pengalaman dipeluk oleh pemeluk profesional.

Anda dapat memeluk seseorang dan mereka ini dibayar antara 60 dolar sehingga 80 dolar selama satu jam. Peluk saja tau, tidak boleh lebih daripada itu.

2. Ujian Makanan Haiwan Peliharaan

Foto: TheMeowThing

Haiwan peliharaan adalah seperti kawan baik dan sudah tentu anda ingin memberikan makanan yang lazat dan berkhasiat untuk mereka.

Inilah tugas buat penguji makanan haiwan kesayangan. Mereka akan merasa makanan haiwan peliharaan untuk menilai sama ada ia memenuhi standard yang ditetapkan. Tiba-tiba rasa nak muntah!

3. Uji Katil

Foto: YouTube

Hah! Biar betul ada pekerjaan uji katil dalam dunia ni? Macam tak masuk akal bukan? Tetapi hal ini benar-benar wujud dan mereka ini dibayar untuk syarikat dan hotel.

Bunyinya macam menyeronokkan tetapi ia adalah kerja yang agak sukar. Penguji katil yang mahir tahu bagaimana untuk mendapatkan posisi baring yang betul untuk memeriksa keselesaan katil tersebut dan bahagian tepi katil itu cukup kuat untuk diduduki.

4. Hidu Tisu

Foto: Daily Mail

Ada tisu yang menghasilkan bau dan ada juga yang tidak menghasilkan bau. Ini bukanlah satu kebetulan tetapi ia adalah hasil kerja keras oleh si penghidu tisu.

Mereka dibayar untuk menghidu tisu untuk pengeluar  demi memastikan tisu tersebut tidak menghasilkan sebarang bau yang tidak diingini. Ia amat sukar sekali untuk mendapatkan pekerjaan sebagai penghidu tisu ini.

5. Beratur Untuk Orang Lain

Foto: Mirror

Sekiranya anda tidak suka beratur, maka ini adalah penyelesaian yang sempurna untuk anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengupah orang lain untuk beratur bagi pihak anda.

Kadang-kadang anda perlu berbaris selama 19 jam untuk mendapatkan produk terbaru dilancarkan, ini adalah kerja keras yang amat membosankan namun ada yang sanggup melakukannya demi bayaran yang lumayan.

6. Uji Permainan Air

Foto: Speed Slides

Sebelum membuka taman tema air kepada pengunjung, penguji gelongsor air terlebih dahulu menguji gelongsor air untuk melihat berapa jumlah air yang diperlukan, seberapa pantas untuk mencapai ke bahagian bawah dan juga menilai aspek keselamatan dan keselesaan permainan tersebut.

7. Penguji Makanan Esortik

Foto: NewsRimini It

Yang ini memang menggelikan! Untuk memastikan makanan yang menjijikkan ini sesuai untuk dimakan, syarikat yang berkenaan akan mengupah penguji aksi (stunt tester).

Mereka ini akan cuba makanan yang pelik untuk memastikan tiada siapa yang akan terjejas dengan makanan tersebut kecuali mereka.

Oleh itu, mereka dibayar lumayan untuk kerja merbahayakan kesihatan ini.

8. Hidu Bawah Lengan

Foto: The Natural Penguin

Penghidu bawah lengan bekerja untuk pengeluar deodoran dalam memastikan kualiti produk yang dikeluarkan. Bagaimana pemeriksaan kualiti ini berlaku?

Penghidu ini akan menghabiskan hari mereka di dalam bilik bersuhu panas atau di luar dan mereka akan menghidu sehingga 60 bawah lengan selama sejam.

Matlamat mereka adalah untuk menentukan keberkesanan deodoran tersebut. Mereka akan menulis laporan dan membantu dunia menghasilkan bau yang lebih baik.

Sumber:  Her Inspirasi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Mar 2020

Kerajaan salur RM250 bilion bantu setiap lapisan masyarakat

Pakej rangsangan ekonomi komprehensif tangani COVID-19

Featured Mon, 18 May 2020

Nak tahu rahsia nasi bungkus London jadi buruan ramai?

Di London pun boleh makan nasi kandar, nasi daging sedap

Featured Sat, 23 May 2020
Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

6 Jenis Kombinasi Makanan Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan Yang Anda Perlu Elak!

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kombinasi makanan yang boleh menjejaskan sistem pencernaan dan juga boleh membuatkan anda sakit.

Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Fri, 7 Sep 2018

Ibu Jari Dipotong Gara-Gara Obsesi Mengigit Kuku

Ketagihan Courtney mengigit jari bermula sejak 2014 selepas menjadi mangsa buli di sekolah.

Featured Sat, 24 Dec 2022

Menari Di TikTok Dengan Baju Seksi, Nadia Brian Diserang Komen Nakal

Tidak serik dikecam netizen kerana berpakaian seksi, pelakon Nadia Brian sekali lagi mengundang komen nakal di media sosial setelah berjoget menggunakan pakaian yang mencolok mata. @nadia.brian My beautiful makeup by @schanooladiva 😍❤️ #NadiaBrian ♬ Calm […]

Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

Perlukah cuci tuala wanita sebelum buang? Ini pendapat mufti KL

Kalau tidak, nanti jin “makan”! Betul ke?

Gaya Hidup Thu, 15 Apr 2021

Rekaan Moden & Sofistikated Busana Muslimah Serlahkan Keanggunan

Begitu banyak pilihan pakaian yang tersedia untuk kaum hawa di luar sana, namun kadang kala, ada masanya mereka masih buntu memilih rekaan busana untuk digayakan. Ada beberapa faktor yang dititikberatkan oleh wanita muslimah di luar […]

error: Content is protected !!