Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 15, 2023 @ 6:18pm

Zarina Anjoulie Beri Penjelasan Isu Bekas Tunang Sponsor Pagar Rumah Berharga RM100,000!

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju tampil menjelaskan isu bekas tunang, Datuk Seri Khazrul Elzey membayar kos pembuatan pagar rumahnya yang bernilai RM100,000.

Menerusi perkongsian di TikTok @imyoursbestie, Anju membuat siaran langsung di akaun TikTok dan menjawab soalan netizen mengenai isu pagar yang dibayar bekas tunangnya dan memberitahu hanya sebahagian jumlah sahaja.

Namun, dia tetap bersyukur dengan segala kebaikan yang telah diberikan oleh Elzey.

“Betul, pagar tu wujud. Kos pagar yang berjumlah RM100,000. Tapi harga yang dibayar oleh ex saya hanya RM30,000.

“Tapi apa-apa pun saya tetap bersyukur. Terima kasih dekat ex saya. Tak kisah dia bayar RM30,000, RM10,000, RM5,000 ke, tetap jasa dia saya kenang.

“Walaupun kalau dia tak belanja saya pagar tu, dia belanja saya makan minum, dia belanja yang lain pun saya tetap berterima kasih.

“Anju ni kalau orang belanja nasi lemak sebungkus pun saya kenang, saya berterima kasih,”katanya.

Pada masa sama, Anju turut berterima kasih kepada bekas tunangnya itu dan mengesahkan dirinya bukan lagi tunangan orang.

“Thank you Abot (Elzey). Saya tak kisah berapa dia dah spend dekat Anju, saya tetap hargai sebab tu saya tak panjangkan pergaduhan ini sebab saya hargai apa yang dia dah buat.

“Apa-apa pun kita dah berbaik. Anju dengan dia pun dah happy sebab kita dah berbaik sebagai kawan. Kita tetap putus tunang tapi berbaik sebagai kawan sebab kami berdua nak move on,” katanya.

@imyoursbestie Bagus anju ni wlupon dh putus tp die tetap appriciate n tak lupa jasa ex dia… Kesian pulak kt anju ni.. Xpelah anju, ramai lagi yg beratur tu nk kt anju 🫣 #anju #zarinaanjoulie #puteranordanish #puteranordanish #anjoulielavocah1 #fyp @Zarina anjoulie ♬ Sial – Mahalini

Terdahulu, Elzey ada memuat naik video di TikTok untuk membersihkan namanya dan mendedahkan kos pagar rumah Anju ditanggung olehnya.

Untuk rekod, Anju dan Elzey telah mengikat tali pertunangan dan berkongsi di media sosial pada 22 Januari 2023 namun hantaran tersebut telah dipadam oleh kedua-dua belah pihak dua minggu selepas itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

Abang Nak Tegur 2.0 Cecah 3.75 Juta Di Youtube

Dato Sri Aliff Syukri dan Nur Sajat mula mendapat perhatian peminat apabila video lagu berkenaan ditonton 3.75 penonton di You Tube. Wow, ramai tu!

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Suami Teruk Dikecam Sehingga Dilabel Narsisistik, Ini Respons Fatin Afeefa – “Saya Pilih Dia…”

Hangat isu pengakuan berani mati Opai soal ‘lelaki Alpha’. Haa ini respons Fatin Afeefa 🤪🤪

Trending Mon, 27 Jan 2020

Kobe Bryant Dan Anak Maut Dalam Nahas Helikopter

Dunia kehilangan seorang lagenda!

Hiburan Sat, 11 May 2024
Hiburan Sun, 20 Jan 2019

Betty Rahmad Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Tahniah!

Alhamdulillah…Tahniah Betty dan Ardy!

Featured Mon, 23 Jun 2025

Rahmad Mega Menangis, Anak Istimewa Meninggal Dunia

Penyanyi Rahmad Mega gagal menahan sebak selepas memaklumkan anak istimewanya, Nur Ara Elisya,15, telah meninggal dunia.

Featured Tue, 6 Sep 2022

“Sekarang Dah 37 Tahun, Memang Ada Perubahan” – Zoey Rahman Nafi Buat Muka

Haa, faktor usia katanya!! Zoey sendiri cakap tau. 🤪

Featured Thu, 16 Feb 2023
error: Content is protected !!