Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 15, 2023 @ 5:22pm

Susulan Mahkamah Benarkan Prosiding Menghina Mahkamah Terhadap Ira Kazar, Ini Respons Puteri Sarah…

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, menegaskan bahawa negara ini mempunyai peraturan apabila Mahkamah Sesyen membenarkan permohonannya untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut berkata bahawa kebenaran akan terungkai kelak.

“Negara ada undang-undang dan kebenaran akan terungkap,” katanya ringkas.

Tambah Puteri Sarah, dia menjelaskan tindakan berbuat keputusan demikian adalah demi keselamatan anak-anaknya.

“Tiada apa yang boleh saya komen sekarang ini. Cuma doakan yang baik-baik untuk saya.

“Segala tindakan yang saya lakukan selama ini adalah untuk melindungi anak-anak saya.

“Saya ingin berterima kasih kepada pasukan peguam saya yang bertungkus-lumus membantu dalam memastikan saya kuat dan tabah dengan ujian ini,” ujarnya.

Sebelum ini, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, berkata, tarikh sebutan kes cerai adalah pada 7 Mac depan.

Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak lima tahun lalu di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, Syamsul tampil mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dari semua pihak sehingga kini.

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Mar 2025
Featured Tue, 6 Feb 2024

Kes Rasmi Ditarik Balik, Mizz Nina Ibu Angkat Yang Sah! -“Kami Mempunyai Dokumen Yang Tidak Tertulis Nama Noh”

Moga keputusan yang diberikan pihak Mahkamah adalah yang terbaik buat semua pihak

Acara Tue, 22 Nov 2022

Festival Petaling Jaya International Folklore 2022 Bakal ‘Gegar’ Bermula 28 November.. Konsert Istimewa WINGS Jadi Tarikan!

Wow menariknya!! Ada konsert WINGS, dikir barat oleh Issey, wayang kulit Pok Chu, bunga api dan banyak acara menarik lain! Jangan lepaskan peluang pergi PJ Folklore 2022 okey! 🤩🤩🤩

TECH Mon, 28 May 2018

Instagram Bakal Dedah Ciri Muzik Di Instagram Stories Tak Lama Lagi

Buat anda kaki media sosial Instagram, ini untuk anda – boleh tambah lagu di Instagram Stories

Featured Tue, 14 Jan 2025
familuv Thu, 3 Jan 2019

6 Petanda Anda Keguguran Kandungan Ketika Hamil

Ada tanda yang tak perlu dikhuatiri pun.

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Ebby Yus Masuk Hospital Kerana Sakit Jantung

Moga cepat sembuh buat Ebby Yus

error: Content is protected !!