Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 16, 2023 @ 4:35am

Hot FM Tawar Wang Tunai RM300,000 Menerusi HWSP

Buat pertama kali dalam sejarah, stesen radio Hot FM menawarkan wang tunai RM300,000 buat pendengar setia menerusi kempen Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP).

Kempen yang telah pun bermula pada 6 Februari lalu akan menyaksikan seorang pemenang akan menerima wang tunai RM300,000 secara berperingkat selama tiga tahun.

Peka dengan kesulitan ekonomi dan kos hidup yang makin meningkat terutama dalam tempoh pasca pandemik, Hot FM mengambil inisiatif besar ini untuk menawarkan wang tunai berterusan selama tiga tahun untuk pendengar yang berjaya dalam misi HWSP.

Antara langkah yang perlu dilakukan untuk menyertai HWSP ini adalah dengan mendaftar di laman web rasmi Hot FM, www.hotfm.audio dan beritahu mengapa mereka memerlukan wang tunai tersebut untuk kehidupan mereka.

Bekpes Hot yang diterajui oleh Johan, Fara Fauzana dan AG akan mencabut nama peserta menerusi TikTok live setiap pagi dan nama yang terpilih perlu menghubungi Hot FM di talian 03-77108822 dalam masa 5 minit untuk melayakkan diri ke grand finale yang akan berlangsung pada 11 Mac 2023.

Seramai 50 nama akan dicabut dan kesemua mereka akan berentap di grand finale HWSP bagi peluang merebut wang tunai RM300,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran berkata kempen HWSP ini diadakan dengan tujuan untuk membantu pendengar yang mempunyai masalah kewangan.

“Kita boleh lihat sepanjang pandemik, dan selepas pandemik juga ramai rakyat Malaysia yang kehilangan punca pendapatan, ditambah pula dengan cabaran ekonomi yang kini melanda bukan hanya di negara kita, malah di seluruh dunia.

“Jadi kami melihat ini sebagai tanggungjawab kami sebagai stesen radio yang mengutamakan keperluan pendengar. Dengan adanya kempen HWSP ini, seorang pendengar yang bertuah akan memenangi wang tunai yang paling besar pernah ditawarkan oleh mana-mana stesen radio kepada seorang pemenang. Setakat ini, kami menerima lebih 2,000 penyertaan sejak dibuka minggu lepas,” katanya.

Orang ramai masih boleh menghantarkan penyertaan untuk Hot HWSP sehingga 10 Mac bagi merebut peluang memenangi wang tunai RM300,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Jul 2023

Michelle Yeoh Kahwin Selepas 19 Tahun Bertunang

Aww! Congrats Tan Sri Michelle Yeoh

Featured Mon, 21 Apr 2025

[VIDEO] “Sejuk Perut Ibu Mengandung”- ‘Belanja’ Surah Al-Fatihah, Netizen Komen Bacaan Amir Ahnaf Merdu

Pelakon popular, Amir Ahnaf mencuri perhatian selepas sepotong bideo pendek tular di platform TikTok.

Events Fri, 18 Jul 2025
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sentuhan Segar Menggamit Nostalgia, Melodi Memperkenalkan Muzik Video ‘Lagu Raya Untukmu’ Nyanyian Hael Husaini

Lagu Raya Untukmu hadir dengan gabungan elemen moden dan klasik yang menjadikannya segar, namun masih mengekalkan jiwa perayaan yang penuh nostalgia.

Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Mawar Rashid Dedah Emosi Terganggu, Menangis Ketakutan Macam Nak Gila – “Ada Sesuatu Yang Trigger Saya Sampai…”

Allahu macam mana boleh jadi macam tu? Semoga yang baik-baik buat Mawar & keluarga

Featured Mon, 27 Dec 2021

“Kenapa Siap Tidur Dekat Situ?”- Berkhemah & Berjaga Di Kubur, Rupa-Rupanya…

Satu video di TikTok yang menunjukkan tiga orang individu sedang duduk dan berbaring di sebelah sebuah kubur telah menimbulkan pelbagai pertanyaan netizen. Video yang dimuat naik oleh @oreo_bamban itu disertakan kapsyen, “Jaga mental kalian walaupun […]

error: Content is protected !!