Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 16, 2023 @ 7:29pm

Isu Bayar Saman Secara Ansuran, Peguam Belum Terima Arahan Daripada Ali Puteh

Sebelum ini, pelawak Ali Puteh diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar sebanyak RM60,00 kepada balu abangnya, Siti Norhidayah Mohd Ali gara-gara memfitnahnya di Instagram dua tahun lalu.

Namun begitu, menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini, Ali menyatakan bahawa dia akan membayar saman tersebut secara ansuran kepada Hidayah.

Oleh itu, memetik laporan Harian Metro, peguam mewakili Ali, Noorazmir Zakaria memaklumkan bahawa dia belum menerima apa-apa arahan daripada pihak anak guamnya berkaitan surat kaedah pembayaran saman tersebut.

Malah, Noorazmir tidak dapat mengulas mengenai hasrat Ali untuk membayar saman kerana belum mendapat arahan daripada pihak Ali dan keluarganya.

“Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa arahan mengenai perkara itu dari pihak Ali dan keluarganya,” jelas peguam Ali.

Walaubagaimanapun, kata Noorazmir, isu bayaran secara ansuran ini tidak lagi timbul memandangkan pihak Hidayah tidak bersetuju jika anak guamnya bertindak sedemikian.

“Kalau Ali bersetuju untuk bayar secara ansuran pun tapi pihak Hidayah dah cakap tidak setuju. Jadi isu bayaran ansuran bukan lagi isu. Mungkin Hidayah boleh mendapatkan nasihat daripada peguamnya berkenaan perkara ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Artikel Berkaitan: “Saya Sudah Lama Beri Masa & Ruang” – Hidayah Tak Setuju Ali Puteh Bayar RM60,000 Secara Ansuran!

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Akan Bayar Hutang RM60,000 Secara Ansurans, Tampil Dedah Sebab Tak Beri Kunci Rumah Pada Balu Abam…

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Aug 2021

Wujudkan 320,000 Peluang Kerja – Menteri Kewangan

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kerajaan menerusi inisiatif Majlis Pekerjaan Negara sudah berjaya membantu mewujudkan 320,000 peluang pekerjaan setakat ini. Beliau berkata, majlis itu ditubuhkan dengan sasaran mewujudkan 500,000 pekerjaan dan […]

Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Trending Tue, 10 Apr 2018

10件「情侣日常」甜到让人融化

因为相爱而在一起的情侣,在日常生活中,会不经意有许多「充满爱」的甜蜜动作,自己觉得没什么,但却会闪瞎旁人!

Featured Tue, 21 Jun 2022
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Cantiknya Sasqia Dahuri Di Majlis Resepsi…

Semoga bahagia hingga ke Jannah, Sasqia dan suami. Insha Allah…

error: Content is protected !!