Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 17, 2023 @ 5:28pm

Asyik Jadi Pak Lawak, Hazama Teruja Bawa Watak Penjenayah

Penyanyi dan pelakon Hazama teruja apabila menerima tawaran untuk menjayakan watak antagonis sebagai seorang penjenayah dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang arahan Allahyarham Pitt Hanif.

Hazama menyifatkan tawaran membawakan watak hitam dalam filem terbabit sebagai salah satu kelainan setelah sering menerima tawaran berlakon karakter komedi.

“Sebelum ini, saya sering ditawarkan watak komedi atau baik dalam lakonan. Sampai masanya saya keluar dari zon selesa. Saya sukar menolak apabila ditawarkan watak penjenayah, Kadok.

“Pada masa sama, saya memang minat filem aksi yang mengangkat wira perairan negara walaupun bukan watak utama. Ini juga filem ketujuh lakonan dan saya berkampung di Pulau Langkawi, Kedah selama sebulan untuk memberi fokus pada filem ini. Lokasi lain ialah di kawasan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang selama tiga hari,” katanya.

Mengulas wataknya, kata Hazama, dia banyak berguru dengan pelakon senior, Adlin Aman Ramlie dalam filem itu.

“Saya bawa watak Kadok iaitu adik sepupu kepada ketua penjenayah iaitu Samat (Adlin) dalam filem ini. Saya bersyukur dapat berguru dengan Adlin, kami sudah kenal sejak dalam program realiti, Akademi Fantasia.

“Selain Adlin, saya juga dapat bekerja dengan pelakon dan pengarah hebat Sabri Yunus dalam filem ini. Bila berlakon dengannya, saya mendapat sama ‘vibe’ yang baik. Adlin banyak memberi bimbingan pada saya untuk menjiwai watak Kadok seperti dikehendaki skrip.

“Saya banyak berbincang dengan Adlin dan kami berkumpul dengan barisan pelakon yang memegang watak ahli kumpulan penjenayah supaya mudah mendapat keserasian,” katanya.

Ditanya babak sukar, kata Hazama, dia perlu menjayakan babak aksi perlawanan dengan watak utama, Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan).

“Bayangkan, saya perlu buat percubaan babak aksi berlawan dengan Saharul sebanyak 150 kali (take) untuk mendapatkan hasil terbaik mengikut tuntutan skrip.

“Ia adalah babak aksi pertama dan ia perlu dibuat sebanyak itu kerana perlu dapat sudut betul depan kamera dan mengikut masanya. Terus terang, babak aksi ini paling berat kerana memerlukan stamina yang tinggi,” katanya.

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu menampilkan gandingan aktor dan aktres popular, Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.

Selain Hazama, filem ini dimantapkan lagi dengan penampilan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Hafiz Nafiah, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Afandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang edaran Metrowealth International Group dan disokong Primeworks Studios (PWS), Media Prima Berhad (MPB).

Ia mula menjengah pawagam seluruh negara pada 2 Februari lalu dan ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Oct 2018

Sejak Lukisan Ombak Tular, Wanita Muda Ini Terima Banyak Tempahan

Nasha mendapat inspirasi lukisan laut dalam dan ombak daripada lagu The Beach.

Events Mon, 30 Dec 2024
Featured Fri, 26 Jun 2026

“Ambil Lagu Rollerblade Tu Balik, Malaysia Tak Payah Cover Lagi”- Kamal Adli

Kamal Adli tampil bersuara susulan timbul dakwaan membabitkan isu lagu popular Indonesia, Rollerblade, yang didakwa diubah liriknya daripada “Island Girl From Indonesia” kepada “Island Girl From Malaysia” seperti yang tular di media sosial.

Trending Thu, 18 Feb 2021

Shuk Sahar Didapati Bersalah, Kontrak Bersama Hot FM Akhirnya Ditamatkan

Nampaknya ramai netizen bersetuju Shuk diberhentikan….

Trending Fri, 13 Nov 2020
Trending Wed, 13 May 2020

Malaysia Tidak Lupa Salur Bantuan Covid-19 Buat Palestin

Semoga anak-anak kecil dan saudara kita disana dilindungi selalu.

Trending Wed, 25 Apr 2018

Pesanan Romantis Di InstaStory, Bukti Mira Filzah Dan Zizan Razak Dilamun Cinta

Biarpun kedua-dua posting berbalas kata rindu itu tidak ditujukan secara spesifik, namun ramai yang percaya ia ditujukan antara satu sama lain.

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

李幸倪为演唱会试造型「真空上阵」尽显背肌和纤腰

距离Gin李幸倪首个香港红馆《First Of All Live》演唱会不足一星期时间,日前Gin为演唱会试造型,其中蓝色夜空长裙最为性感夺目!

error: Content is protected !!