Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 26, 2026 @ 1:58pm

“Ambil Lagu Rollerblade Tu Balik, Malaysia Tak Payah Cover Lagi”- Kamal Adli

Pelakon Kamal Adli tampil bersuara susulan timbul dakwaan membabitkan isu lagu popular Indonesia, Rollerblade, yang didakwa diubah liriknya daripada “Island Girl From Indonesia” kepada “Island Girl From Malaysia” seperti yang tular di media sosial.

Isu tersebut mencuri perhatian selepas seorang individu lelaki mempersoalkan tindakan penyanyi, Aisha Retno dan beberapa individu lain yang mengubah lirik lagu tersebut.

Katanya, tindakan itu bukan sekadar nyanyian semula atau ‘cover’ sebaliknya, melibatkan pengubahsuaian karya.

“Lirik lagu ‘Island girl from Indonesia’ ditukar ‘Islang girl from Malaysia’? Ini bukan sekadar cover, kalau mahu melakukan lagu cover, liriknya tidak patut diubah.

“Ini bukan sekadar cover biasa ya, tapi sudah termasuk dari modifikasi atau adaptasi karya yang mengubah lirik. Ini harus mendapatkan izin daripada pencipta atau pemegang hak cipta. Apatah lagi ia dibawakan di atas pentas besar,” soal individu berkenaan.

 

View on Threads

 

Kurang senang dengan tindakan tersebut, Kamal akhirnya tampil meninggalkan komen ringkas seakan-akan menyindir kenyataan yang dibuat individu itu.

“Alahai tu cover! Berapa ramai orang cover! Dah ambil lagu tu balik. Kita orang Malaysia tak payah kofer (cover) lagu tu dah,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Aisha Retno tampil memberikan penjelasan mengenai pengubahsuaian lirik lagu berkenaan.
Akuinya, dia telahpun meminta keizinan daripada penyanyi asal untuk mengubah lirik lagu tersebut ketika persembahannya bersama Anggrek baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Feb 2025
Trending Tue, 13 Aug 2019
Featured Mon, 14 Nov 2022
Featured Tue, 30 Sep 2025

Zizi Kirana Mohon Misi Kemanusiaan Berjaya, Impi Duduk Lama Depan Kaabah

Zizi juga berazam untuk ke Tanah suci Makkah & Madinah.

error: Content is protected !!