Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 28, 2023 @ 3:31pm

Menggamit Memori Bersama Westlife

Kumpulan popular antarabangsa, Westlife singgah ke Kuala Lumpur dalam siri jelajah konsert The Wild Dreams Tour.

Menggegarkan Axiata Arena pada 23 dan 24 Februari lalu, Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily membawa lebih 8,000 penonton mengimbau nostalgia.

Rata-rata peminat yang hadir merupakan mereka yang membesar dengan lagu-lagu nyanyian Westlife dan tidak sabar mahu menyingkap kenangan dengan seleksi karya malar segar mereka.

Dimulakan dengan Starlight, peminat tak henti-henti menjerit apabila kumpulan ini membawakan lagu Uptown Girl yang mempopularkan mereka.

Seleksi lagu popular lain seperti When You’re Looking Like That, Fool Again, If I Let You Go, My Love, Swear It Again, Mandy, I Lay My Love on You, Seasons in the Sun, World of Our Own dan Flying Without Wings membuatkan penonton tak senang duduk dan menyanyi bersama.

@xtra_my Fool Again. Dulu min belajar English melalui lagu Westlife ni tau! Nostalgiaaaa 💖 Westlife The Wild Dreams Tour Live in KL 2023 😘 #xtra #xtramy #xtratonton #fyp #liveupdate #westlifethewilddreamstour2023 #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news ♬ original sound – XTRA

Anggota Westlife juga senang berinteraksi dengan penonton yang hadir dan sempat mengenang semula kemunculan pertama mereka di Malaysia ketika di awal kemunculan.

Memori dikerumuni peminat yang menyambut mereka di lapangan terbang sewaktu tiba di Malaysia antara kenangan manis yang takkan dapat dilupakan oleh kumpulan pop vokal Irish ini.

Sebagai penutup, mereka menyanyikan lagu Hello My Love dan You Raise Me Up dengan sepenuh perasaan sehingga mengukir senyuman manis penonton yang hadir.

@xtra_my If I Let You Go… Pernah la min tujukan lagu ni kat crush min kat kelas sebelah dulu… 🤪😂 #xtra #xtramy #xtratonton #fyp #liveupdate #westlifethewilddreamstour2023 #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #newsanchor ♬ original sound – XTRA

Kredit foto: Instagram Trumpet

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 31 Aug 2018

Tangan Lelaki Ini Melepuh Selepas 12 Jam Makan Sushi, Akhirnya Terpaksa Dipotong

Lelaki ini telah dijangkiti vibriosis yang berpunca daripada bakteria vibrio vulnificus.

Trending Wed, 6 Jan 2021
Trending Mon, 30 Nov 2020
Replicated Draft Mon, 22 Apr 2024

Syoknya Raya Dengan Rumah Baru & Jongkong Emas Dari LBS!

LBS Bina Group Berhad (LBS) berbesar hati untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah bersama pemilik rumah baru dengan menawarkan pelbagai hadiah istimewa! Buat korang yang sedang mencari-cari rumah pertama atau hendak menaik taraf kediaman supaya […]

Featured Mon, 2 Aug 2021

RIPPLE Kini Dikenali Media Prima Audio

Platform radio Media Prima, RIPPLE kini ditukar nama kepada Media Prima Audio atau MPA bersempena penjenamaan semulanya untuk tampil kompetitif serta hala tuju lebih strategik. Penjenamaan baharu terbabit dilakukan dalam misi menjadikan industri penyiaran radio […]

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

“Nampak Kerusi Arwah Bapa Buat Saya Rasa Sayu” – Terkenang Dharma Harun Al Rashid, ‘Jam Misteri Atuk’ Sentuh Emosi Syafiq Dharma

Syafiq Dharma akui Jam Misteri Atuk sangat dekat di hati kerana mengingatkannya kepada arwah bapanya, Allahyarham Dharma Harun Al Rashid.

Featured Wed, 18 Jan 2023
error: Content is protected !!