Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 21, 2017 @ 4:40pm

Menteri Kantoi Kencing Tepi Jalan Pada Hari Tandas Sedunia

Kecoh apabila seorang ahli politik India terkantoi apabila videonya yang sedang membuang air keicl di kawasan awam menjadi viral di negara terbabit.
Lebih memeritkan kejadian itu berlaku pada Hari Tandas Sedunia sewaktu kerajaan berusaha untuk menghentikan amalan yang sama di negara terbabit.

Ahli politik itu, yang juga seorang menteri, dirakam sedang kencing di tepi jalan pada Sabtu.
Video berkenaan tular di internet hari berikutnya.

19 November adalah Hari Tandas Sedunia yang diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai risiko kesihatan disebabkan kekotoran tandas.

Ahli politik itu bagaimanapun mempertahankan tindakannya itu.

“Bila anda perlu membuang, anda perlu melakukannya.

“Saya membuat kunjungan tanpa henti sejak sebulan lalu untuk skim Jalyukta Shivar,” dia memberitahu Press Trust of India (PTI), merujuk kepada program pemuliharaan air.

“Perjalanan berterusan dengan suhu tinggi dan berdebu membuatkan saya sakit.

“Saya demam dan tidak menjumpai tandas, saya terpaksa membuang air kecil di kawasan terbuka,” ujarnya.

Sumber: mStar Online.

 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Jun 2023
Hiburan Tue, 9 Jun 2026

Ulasan Konsert: Karya Kak Pah Terus Hidup, A Tribute to Sharifah Aini Jadi Malam Penuh Nostalgia

Susunan muzik yang megah dan sinematik memberi gambaran jelas malam itu bukan sekadar persembahan biasa, tetapi sebuah penghormatan yang disusun dengan penuh teliti dan rasa hormat terhadap legasi seni yang ditinggalkan.

Featured Wed, 17 Dec 2025

Hutang Tak Berbayar Cecah RM51,000… Eric Fuzi Terpaksa ‘Auto Diet’ Gara-Gara Baki Akaun Tinggal RM125.65

Eric secara terbuka meluahkan rasa kecewa apabila wang RM51,000 masih belum dilunaskan.

Trending Sun, 1 Aug 2021

ICSYVMY4 Bakal Melabuhkan Tirai Malam Ini, Boleh Ke Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar?

Tiga minggu berturut-turut, artis jemputan I Can See Your Voice Malaysia 4 (ICSYVMY4) iaitu Ruffedge, Azlan Typewriter dan Adira Suhaimi gagal dalam percaturan mereka untuk mengenal pasti penyanyi sebenar. Namun begitu, pada episod minggu lalu, […]

Trending Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Tom Hanks Dan Rita Wilson Keluar Hospital, Ini Nasihat Mereka Kepada Orang Ramai

SETELAH seminggu disahkan menghidapi Corona (Covid-19),  pasangan Tom Hanks dan Rita Wilson sudah dibenarkan keluar daripada hospital dan perlu manjalani kuarantin di rumah buat sementara waktu. Pasangan ini gemar mengemaskini keadaan diri mereka menerusi laman […]

Featured Tue, 24 Aug 2021

Hukuman Penjara 13 Bulan Farid Kamil Diganti Denda RM 5,500

Pelakon Farid Kamil yang diperintahkan untuk dipenjarakan selama 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan hari ini berdepan hukuman denda sebanyak RM5,500. Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan dibuat […]

Featured Fri, 24 Apr 2026

‘Abang Minyak Hitam’ Hadiahkan Pakej Umrah Buat Ibu Tercinta

Mohd Yusof menyifatkan ia adalah peluang bermakna kerana dengan hadiah yang diberikan, dia dapat menunaikan impian  untuk membawa ibunya ke Tanah Suci.

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

“Jangan Gebang Acah Sangat, Nanti Kena Juga” – Ammar Alfian Titip Pesanan, Akui Kifarah Itu Benar

Ammar mengakui dia juga tidak terlepas daripada melalui pengalaman yang mengajarnya tentang hakikat kehidupan.

error: Content is protected !!