Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 7, 2023 @ 6:56pm

Bakal Jadi Saksi & Pencelah Libatkan Krisis Rumah Tangga Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Datin Patimah Kunci Mulut – “Tiada Komen”

Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail enggan memberi komen lanjut mengenai kenyataan menantunya, pelakon Puteri Sarah Liyana usai sebutan kes cerai, pagi tadi.

Sarah ketika ditemui di kompleks mahkamah mendedahkan ibu dan bapa mentuanya bersedia untuk menjadi saksi kes melibatkan krisis rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof.

“Tiada komen,” jawabnya ringkas.

Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada pengarah tersohor itu mengambil langkah mengunci mulut selepas dikatakan bakal menjadi pencelah dan saksi kepada Sarah.

Malah, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Patimah kepada Puteri Sarah menerusi satu panggilan termasuklah akan memberikan sokongan penuh kepadanya.

“Baru sahaja tadi mak dan bapa mentua saya WhatsApp dan mendoakan saya untuk hari ini. Mereka juga ingin mencelah dan ingin menjadi saksi bila berhadapan nanti dengan orang ketiga dan juga Syamsul.

“Mereka nak beri keterangan mereka sendiri kerana mereka sentiasa dengan saya, mereka nampak apa yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, Syamsul enggan melepaskan Sarah dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Selain kes permohonan cerai, satu lagi kes bakal dijalankan susulan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan permohonan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.

 

Sumber :Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 May 2022
Hiburan Sat, 17 Nov 2018

#SFMM33: Buat Kejutan, Penonton ‘Ternganga’ Tengok Syamel Menari

Kemunculan penyanyi berusia 25 tahun itu mendapat tepukan gemuruh semalam apabila dilihat mempamerkan persembahan luar biasa.

Hiburan Sun, 27 Jul 2025
Hiburan Tue, 18 Feb 2025

[VIDEO] Individu Tanya Tak Solat Ke? Intan Najuwa Tampil Beri Respons Padu

Intan Najuwa anggap soalan netizen pertikaikan ibadah tak masuk akal

error: Content is protected !!