Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 8, 2023 @ 7:09pm

[VIDEO] Yayasan Nurjiwa Bantu Mangsa Banjir Di Dua Negeri Hasil Daripada Konsert Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Pertubuhan amal Yayasan Nurjiwa miliknya dan suami, Datuk Khalid tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di Pahang dan Johor.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Siti memuat naik sebuah video yang memaparkan aktiviti sumbangan yang diagihkan oleh wakil pertubuhannya di beberapa lokasi negeri terbabit.

“Alhamdulillah dengan segala nikmatmu, kami dapat berkongsi rezeki bagi meringankan beban mangsa banjir di sekitar Rompin, Pahang dan Kota Tinggi, Johor.

“Inilah di antara kerja amal Yayasan Nurjiwa dengan setiap sumbangan yang telah diberikan oleh siapa pun kerana apa juga yang berlaku termasuk bencana alam adalah sesuatu yang tidak dapat kita jangka, Yayasan Nurjiwa akan sentiasa bersedia,” tulisnya.

Lebih bermakna sumbangan tersebut adalah hasil daripada penganjuran konsert amal Music of The Soul: An Evening With Dato’ Seri Siti Nurhaliza pada November tahun lalu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Balqis itu turut menzahirkan penghargaan kepada pihak terlibat dan berharap segala kebaikan diberikan ganjaran yang maha esa.

“Terima kasih kepada semua, termasuk NGO, sukarelawan dan orang perseorangan yang membantu Yayasan Nurjiwa menyampaikan bantuan banjir di Pahang dan Johor,

“Semoga apa jua kebaikan yang kita lakukan, Allah akan merahmati dengan gandaan pahala but kita semua. Aamiin,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Untuk rekod, Yayasan Nurjiwa aktif dalam membantu insan-insan yang memerlukan malah bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara seperti tertubuhnya  Tadika Afwa Al Aafiyah di Gaza, Palestin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Jan 2026

Nadia Brian Syukur Mulakan Tahun Baharu Dengan Nedim Nazri

Nadia meluahkan rasa syukur memasuki tahun baharu bersama cinta hatinya, Nedim

Hiburan Thu, 19 Sep 2024

DJ Sonic Sifatkan Fazura Seorang Isteri Menjaga Aib Rumah Tangga – “Dia Tak Pernah Burukkan Fattah Amin” 

Fazura seorang isteri yang baik kepada Fattah Amin, semoga perkahwinan mereka baik-baik saja

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

Jiwa Hampir ‘Kosong’, Azar Azmi Akui Cemburu Lihat Pasangan Lain Bahagia – “Saya Hanya Bertahan Demi Anak-Anak”

Terdahulu, Azar dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen ditahan pihak berkuasa bagi siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia serta penipuan darjah kebesaran

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Guna Nama Tanpa Izin, Pak Nil Buat Laporan Polis!

Terutama mereka yang berada di Kuching, saya dapat berita ada menggunakan nama Pak Nil tanpa kebenaran. Katanya sebuah kedai jual alat elektrik.

Hiburan Wed, 17 Jan 2024
Featured Tue, 15 Mar 2022

“Lebih Baik Jemput Staff Tu” – Netizen Berang Kak Long 7E Dijemput Ke Program TV Islamik

Apapun, rancangan program televisyen ini sudah ditangguhkan..

error: Content is protected !!