Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 9, 2023 @ 12:25am

Selepas Tamat Famili Duo, Wani Kayrie Muncul Dengan Fajar

Penyanyi Wani Kayrie kembali menyemarakkan industri muzik dengan single terbaharunya berjudul Fajar.

Fajar merupakan hasil ciptaan Shazee Ishak, Audi Mok serta Tysha Tiar dan kali terakhir Wani muncul dengan single adalah kira-kira setahun yang lalu melalui lagu Kamu Kamu

“Jadual belajar saya pada ketika itu agak padat kerana semesternya panjang, selain itu pada masa yang sama saya juga banyak menerima tawaran untuk berlakon drama.

“Terkini, saya baharu sahaja tamat dengan penglibatan dalam sebuah program televisyen realiti ‘Famili Duo’ bersama Bella Astillah di mana kami berjaya meraih tempat ke-3, syukur Alhamdulillah rancangan tersebut telah membuka mata ramai orang di luar sana yang dapat melihat kebolehan saya dalam menyanyikan pelbagai lagu dengan genre yang berbeza.

“Banyak yang saya pelajari melalui program tersebut terutamanya dari segi kemahiran vokal, idea untuk konsep sesebuah persembahan dan pembaharuan gubahan lagu asal ke genre yang berbeza dalam masa yang singkat.

“Idea di sebalik genre untuk single Fajar ini datangnya dari saya sendiri kerana mahukan kelainan yang lebih kepada menonjolkan kemampuan vokal. Ia menceritakan tentang ‘cahaya’ yang membawa maksud sebuah pengharapan buat setiap insan untuk terus melangkah dalam hidup meskipun menerima banyak ujian dan dugaan.

“Saya percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup ada hikmahnya, dan ‘cahaya’ itulah yang menjadi sumber kekuatan setiap insan dalam mencari hala tuju hidup yang sebenar tanpa menoleh kebelakang serta tidak mengulangi kesilapan masa lalu yang menjadi sejarah hitam,” katanya.

Karya istimewa dalam nuansa balada ini jelas kedengaran moden dengan elemen muzik elektronik yang menambah keunikan penciptaannya sesuai dengan halwa telinga pendengar masa kini yang mahukan sesuatu yang segar dan baharu.

“Proses rakaman hanya memakan masa selama sehari sahaja, senang bekerja dengan abang Audi Mok kerana beliau pernah menulis lagu untuk saya sewaktu berumur 17 tahun berjudul ‘Aku Suka Kamu’.

“Abang Audi juga tahu akan kebolehan vokal saya, dan mudah untuk kami mengembangkan idea semasa rakaman lagu Fajar ini, banyak juga yang saya pelajari bersama komposer lain, abang Shazee Ishak antaranya memberi idea untuk penambahan ‘ad-lib’, penambahbaikan lagu dan selalu berpesan untuk menyanyi dengan ‘hati yang ikhlas’ kerana barulah mesej yang cuba disampaikan lebih terkesan, dan tidak bergantung hanya pada nyanyian teknikal sahaja,” tambahnya.

Wani yang kini dalam persediaan menjalani latihan praktikal atau ‘internship’ selama enam bulan bagi menyempurnakan semester akhir jurusan Undang-Undang dan Perdagangan di universiti berharap agar setiap pendengar dapat menerima lagu ini dengan hati yang terbuka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Hiburan Tue, 12 Aug 2025

“Kalau Dah Jodoh, Tak Salah Ibu Tunggal Berkahwin Dengan Lelaki Muda” – Emma Maembong 

Emma Maembong anggap wanita berusia kahwin lelaki bujang perkara biasa

Featured Tue, 8 Nov 2022
Trending Thu, 29 Apr 2021

Menyingkap Peristiwa Nuzul Al-Quran, Penurunan Al-Quran Dari Langit Ke Nabi Terakhir

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini […]

Trending Fri, 8 Apr 2022

Ini 5 Ciri Khas Istimewa Aplikasi Waktu Solat Malaysia Sempena Ramadan… Wajib Download Sekarang!

Kehadiran bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh setiap umat Islam saban tahun kerana dalam bulan ini mengandungi keberkatan. Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah, bersedekah, membaca al-Quran dan melakukan kebaikan kerana pada bulan Ramadan ini, ganjarannya […]

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Ketika Kami Meluru Keluar, Lampu di Mall Sudah Mula Jatuh” – Hariz Hamdan Cerita Detik Cemas Gempa Bumi Di Bangkok

Hariz Hamdan menceritakan detik cemas merasai gegaran gempa bumi di Bangkok, tengah hari semalam.

Featured Wed, 30 Nov 2022

Konsert ‘Senandung Malam Payung Teduh X Pusakata X Efek Rumah Kaca’ Hadiah Birthday Nabila Huda

Alahai sweetnyerrr Abil dan suami💗 Moga Neptunes Presents terus terbang tinggi!

error: Content is protected !!