Euforia Bola 2026
#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi March 10, 2023 @ 1:11pm

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Bergelar figura bapa di usia muda tidak menghalang pelakon versatil, Aeril Zafrel untuk diangkat menjadi suami contoh yang sentiasa mengharmonikan rumah tangganya bersama aktres Wawa Zainal.

Bukan sahaja hebat dalam penggambaran drama dan filem, Aeril juga merupakan bapa kepada empat orang anak di usia 34 tahun.

Acap kali isu berbangkit mengenai segelintir suami bertindak ‘lepas tangan’ terutamanya selepas isteri sedang berpantang sehingga membuatkan wanita mengalami ‘postpartum depression’.

Menerusi segmen #BabyXTRA,  Aeril berkongsi tips penting yang wajar dilakukan oleh para suami demi mengelakkan isteri melalui fasa ‘burnout’ ketika berpantang.

Elak Burnout Semasa Pantang… Komunikasi Antara Suami Isteri Penting!

Menurut Aeril, perkara paling utama adalah komunikasi yang perlu seiring dengan pemahaman antara kehendak suami dan isteri dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

“Seperti biasa dalam rumah tangga, komunikasi antara suami isteri itu penting. Bagi wanita pula, kena bagi tahu apa perkara yang dia suka dan tidak suka.

“Kadang isteri ini dia nak suami tu faham dia saja.. Tapi ada juga segelintir suami yang lurus bendul. Jadi sebab tu kena berterus terang apa yang isteri nak.

“Sekiranya ada perkara yang tak puas hati dari isu kecil yang dipendam itu akan jadi lebih besar dan teruk. Elakkan ada salah faham antara suami isteri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aeril berkata dia mempunyai dua orang pembantu rumah untuk membantu isterinya dalam menjaga anak-anak demi mengelakkan Wawa penat atau burnout.

“Bagi yang berkemampuan, tidak salah untuk mencari pembantu. Saya ada dua pembantu yang diambil sejak anak sulung. Bukan apa, ini juga untuk mengelakkan isteri saya burnout. Tetapi untuk yang tidak berkemampuan, penting kita sama-sama bantu isteri, jangan lepas tangan,” ujarnya.

Anak Tantrum? Aeril Akui Mental Terganggu

Tidak dapat dinafikan menjaga kanak-kanak adalah satu perkara yang sulit, begitu juga buat aktor Serpihan Sayang ini yang pernah terdetik untuk mengangkat tangan pada anaknya.

Bagaimanapun, Aeril berkata sebagai bapa dia perlu banyak bersabar dalam melayan karenah anak-anaknya terutamanya ketika ‘tantrum’.

“Saya tak nafikan untuk menjaga budak ni mental kena kuat. Kadang-kadang kalau anak tantrum kalau kita fikir nak pukul, akhirnya akan terpukul.

“Tapi saya tak pernah pukul, tapi kalau ikutkan hati adalah rasa tu. Cuma saya tahan diri dan bersabar.

“Setiap anak saya tantrum mereka lain-lain. Anak sulung saya setiap maghrib je menangis, tak tahu apa masalah dia mungkin kena bawa berubat.

“Daripada angkat tangan, apa yang saya buat bila anak tantrum ni saya dukung dia.. bagi tahu saya sayang dia , belai dan tepuk-tepuk.. Nanti sejuklah hati anak tu,” tambahnya lagi

Hargai Masa Bersama Anak-Anak

Sementara itu, Aeril sempat menitipkan pesanan kepada ibu bapa di luar sana untuk menghargai setiap momen bersama anak-anak kerana dalam sekelip mata mereka akan membesar.

“Anak ni kasih sayang dia sekejap je berlalu. Mula-mula setahun, dua tahun lepastu eh sedar-sedar dah lima tahun.

”Jangan sia-siakan setiap momen bersama anak. Kalau saya ada terhutang apa-apa dengan anak-anak saya, saya akan selalu pastikan untuk tunaikan janji saya,” jelasnya lagi.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, dua tahun dan  Muhammad Fahri, setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau Anak-Anak Kurang Kasih Sayang, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tak Rancang Tambah Zuriat – “Syukur Ada 4, Kalau Lebih Tu Bonus”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Jul 2019

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diciplak Betul Ke?

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diciplak, Menteri Tampil Beri Penjelasan

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Aedy Ashraf, Meerqeen & Nadhir Nasar Bersatu Dalam Klepet, Filem Aksi Komedi Sarat Kejutan!

Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar bergabung dalam filem aksi komedi berjudul Klepet.

Trending Mon, 20 Nov 2023

Fokus Kepada Keluarga & Nak Jaga Nama Baik, Tom Dah Cuci Tangan Bergelar Penyanyi Kelab Malam

Mengimbau kenangan betul lah Tom perform kat Langkawi dulu-dulu tu😍Semoga Tom dapat ke mainstream!!

Anugerah Sun, 23 Jul 2023
LIFESTYLE Sun, 16 Dec 2018

4 Khasiat Mandi Air Panas Yang Bagus Untuk Kesihatan

Mandi Air Panas Sama Manfaatnya Seperti Jalan Kaki 30 Minit

Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Ben Utomo Kongsi Perspektif Tentang Isu Percintaan Anak Muda Masa Kini Dalam Ghosting

Kisah percintaan anak muda yang rumit dan dinamik amat menarik untuk diterokai dan dijadikan inspirasi untuk karya seni rapper baharu Indonesia, Ben Utomo. Tidak lama selepas melancarkan album INDO KID, lebih tepat pada April 2021 […]

Trending Wed, 14 Nov 2018

Wanita Nepal Ini Mula Jadi Sebutan Penduduk Dunia, Siapa Gerangan Si Dia?

Cantik betul kan? Tak hairanlah dia digelar ‘Bidadari Dari Syurga’. Ye tak?

error: Content is protected !!