Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 15, 2023 @ 11:51am

“Masa Duduk Flat Adalah Momen Paling Bahagia Saya” – Nurul Shuhada

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebak selepas berkongsi cerita mengenai kesusahan yang dilalui pada awal perkahwinannya dahulu.

Menurut Shuhada, walaupun dia dan Hafidz pernah tinggal di sebuah flat murah, namun pada ketika itu dia menganggap momen tersebut adalah paling bahagia untuknya apabila dapat hidup susah dan senang bersama-sama dengan suaminya.

Perkara itu dikongsi Shuhada menerusi sesi siaran langsung di Instagram milik usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.

“Kami pernah duduk di flat masa awal kahwin dulu, susah dan senang sama-sama,” katanya dalam keadaan sebak.

 

Dalam pada itu, Aliff  juga cuba untuk membantu meringankan beban Shuhada sekali gus meneruskan kehidupan selepas berdepan kemelut rumah tangga dengan melantiknya sebagai duta koleksi hijab di bawah jenamanya.

“Hari ini, pertama kali saya jumpa Shuhada. Riak wajah dia nampak sedih dan memendam. Saya cuba menyelami apa yang dia rasakan dan pada saya jika masih boleh diselamatkan rumah tangga mereka alangkah lebih baik.

“Saya juga tahu, dia struggle demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantunya dengan melantiknya sebagai duta koleksi hijab jenama syarikat. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantunya meneruskan kehidupan,” jelasnya.

Terdahulu, Shuhada bangkit meneruskan kehidupan dengan perniagaan biskut di bawah jenamanya, Satu Tak Cukup.

ARTIKEL BERKAITAN:Gigih Jual Biskut Walau Parut Belum Sembuh,  Shuhada Bikin Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN:“Sakit Jahit Lagi Sakit Dari Beranak” – Mahu ‘Move On’, Nurul Shuhada Takkan Putuskan Hubungan Ayah & Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Alami Bipolar Disorder, Mengaku Masih Cintakan Bekas Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai Isteri Melalui Panggilan Telefon… IG Hafidz Roshdi Kena Serang, Netizen Amuk: “Lelaki Paling Tak Guna Tahun 2023!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 5 Aug 2019

Alif & Sofia and Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) Presents ‘Simulasi Haji Cilik 2019’

Take a look at Primeworks Studios and PERTIM collabs to give beneficial early exposure to these kids!

Contest Mon, 22 Jan 2018

#xtra好康头 | 送你《GoGo旺得福》贺岁专辑+红包封还不够!加码多送Jasmine新阳香米

[xtra好康头] 配合2018年戊戌狗年的到来,xtra除了将送你《GoGo旺德福》贺岁专辑以及限量版红包封外,还会加码多送10KG Jasmine新阳香米,与大家一起倒数迎接“旺得福”的到来!

Hiburan Sat, 11 Jan 2020

TT Live Mall Sedia Platform Perniagaan Untuk Selebriti, Orang Ramai

TT Live Mall juga dijangka melebarkan sayap ke Jepun, Singapura, Indonesia, Korea, Thailand, Cambodia, Vietnam dan China.

Featured Mon, 17 Oct 2022
Kisah Viral Thu, 7 Apr 2022
Hiburan Fri, 12 May 2023
Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Featured Tue, 12 Mar 2019
error: Content is protected !!