Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 23, 2023 @ 6:04pm

Simbol ‘Allah Yang Satu’ Dikaitkan Dengan Lelaki Curang & Pukul Wanita, Nabil Ahmad Luah Rasa Kesal – “Yang Bermasalah Individu Itu”

Sejak kebelakangan ini, simbol jari ‘Allah yang satu’ sering dikaitkan dengan individu yang berlaku curang dan memukul wanita ekoran beberapa kes hangat yang tular.

Susulan itu, penyampai radio dan pengacara popular, Nabil Ahmad akui kesal dengan segelintir warganet dan menyifatkan ia sebagai mempermainkan agama.

Memetik laporan Gempak, Nabil berpendapat bahawa warganet tidak sepatutnya mengaitkan agama dengan kelakuan buruk yang dilakukan seseorang.

“Bagi saya, tanda itu (Allah yang satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan orang itu. Yang bermasalah adalah individu itu sendiri.

“Jangan fasal dia atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (la ilaha illallahmuhammadur Rasulullah) terus anggap ini adalah tanda-tanda lelaki akan curang dan pukul isteri.

“Oh no! Salah. Orang yang perlekehkan tanda itu, pada saya dia patut minta nasihat ustaz ke. Kita faham perasaan kau marah dengan perbuatan orang itu tapi tak ada kena mengena dengan tanda itu,” luahnya kepada Gempak.

Malah, Nabil juga menyatakan simbol tersebut tidak patut dipermainkan kerana ia juga dilakukan ketika menunaikan solat.

“Memperlekehkan tanda itu, bagi saya, tidak patut. Tanda itu juga sama seperti kita buat masa tahiyat awal dan akhir kan. Takut akidah lari sebab perlekehkan benda-benda maca mini.

“Kalau tak tahu, jangan nak tuduh, jangan nak perlekeh… dapatkan nasihat daripada orang yang tahu. Yang jadi masalah individu itu, bukan agama.

“Agama ajar yang baik, betul, terang, jelas dan nyata hakikatnya semua ada dalam Al-Quran dan Nabi ajar kita benda-benda yang macam itu,” jelasnya lagi.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Mar 2024

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Alamak, siapakah gerangan artis veteran merangkap komposer itu???

Hiburan Sun, 24 Nov 2019
Featured Mon, 22 Nov 2021

Demi Mangga Asam Boi Traffic Light, Gadis Selamba Panggil Abang ‘Spiderman’ Guna Mikrofon

Penjualan mangga asam boi di lampu isyarat bukanlah sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia. Hal ini kerana strategi pemasaran yang digunakan oleh penjual adalah unik dan mempunyai ramai peminat yang menggemari jeruk itu. Itulah yang […]

Trending Tue, 9 Jan 2024
Trending Thu, 20 Sep 2018

「这笑声有毒」看着看着也不自觉地笑了!

喜欢小孩吗?是否也曾经羡慕小孩呢?他们的无忧无虑、很容易满足、容易因为一点小事就开心地大笑、因为一点小事就开心一整天。

error: Content is protected !!