Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana March 27, 2023 @ 3:08pm

Sempena Ramadan, Fattah Amin Lancarkan Lagu Zikir Eksklusif

Namanya tidak asing lagi di dalam industri seni hiburan tanah air lebih-lebih lagi apabila bergelar suami kepada pelakon terkenal, Fazura.

Fattah Amin, 33, pada asalnya memulakan kerjaya di dalam bidang peragaan, kemudian menggilap bakat dalam lakonan dan seterusnya melebarkan sayap dalam nyanyian pula.

Namun kini, genre pilihan Fattah lebih berkonsepkan dakwah, ketuhanan serta memuji dan memuja keagungan Allah.

Terbaru, Fattah telah melancarkan lima lagu zikir eksklusif sempena kedatangan bulan Ramadan dan boleh diakses melalui aplikasi Mukmin Pro.

Lima lagu zikir tersebut ialah Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah tersedia di aplikasi Mukmin Pro.

“Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro, dan saya berharap ia membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini,” katanya.

Projek ini dihasilkan dibawah jenama Masyhur iaitu label rekod dibawah Universal Music yang turut menyokong inisiatif ini.

Mukmin Pro merupakan aplikasi Islamik komprehensif yang mempunyai kompas Qibla, waktu solat, pembacaan dan terjemahan Quran, serta alat Islamik lain.

“Keinginan kami (bersama isteri Fazura) untuk buat aplikasi dah lama wujud. Kami terdetik, satu hari kami teringin nak ada program begini.

“Disitulah bermulanya kami ‘create’ aplikasi Mukmin Pro. Sebenarnya saya dengan Faz dah banyak plan untuk buat lebih banyak lagi selain dari features-features yang ada di
Mukmin Pro.

“Salah satunya Daily Zikir yang sebelum ini kita plan, waktu itu terdetik kenapa tak buat sendiri. Memandangkan saya artis Universal Music, dua lagu sebelum ini dengan mereka pun lagu ketuhanan.

“Jadi saya terfikir, dah ada features Daily Zikir kenapa tak buat zikir daripada saya dan mungkin lepas ini ada banyak lagi artis-artis Masyhur ataupun ada lagi artis-artis kat luar genre nasyid, Islamik dan Ketuhanan yang kita boleh berkolaborasi untuk kita letak dalam features Halwa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Feb 2021

Bayaran BPR Fasa 1 Bermula Hari Ini – Tengku Zafrul

Bayaran dah masuk tu jangan membazir pula ye!

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Doakan Semoga Urusan Dipermudahkan – Neelofa

Neelofa dikatakan menyimpan hasrat untuk membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran adakah ini sebabnya meminta doa agar semua urusan dipermudahkan?

Selebriti Wed, 13 Sep 2023
Trending Tue, 26 Feb 2019

Misteri Istana Woodneuk terungkai, bernilai RM14 bilion, tetapi dibiarkan usang

TMJ miliki istana di Singapura yang dijadikan inspirasi untuk filem Crazy Rich Asians

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

FATHIA LATIFF, SILA JANGAN BUAT KOMEN BODOH, CAPRICE BENGANG!

Menerusi komen yang diberikan Fathia itu, Caprice telah memuat satu lagi video pendek di instagramnya yang seakan-akan memerli Fathia mengenai isu Bigo Live nya beberapa bulan lepas

Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Trending Wed, 27 Apr 2022
error: Content is protected !!