Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal December 19, 2017 @ 3:05pm

Abang Nak Tegur 2.0 Cecah 3.75 Juta Di Youtube

Wow, jutaan tahniah kepada pihak pengurusan KRU Music kerana sekali lagi tampil dengan karya mencetuskan fenomena!

Sebelum ini, trio adik beradik ini pernah menghasilkan lagu popular seperti Hi Hi Bye Bye, Andai Kau Pergi, GIG, Tamparan Wanita dan banyak lagi. Semuanya masih ‘menyengat’ dan menjadi siulan sehingga sekarang.

Terbaru, lagu nyanyian usahawan terkenal Dato Sri Aliff Syukri dan Nur Sajat mula mendapat perhatian peminat apabila video lagu berkenaan ditonton 3.75 penonton di You Tube. Wow, ramai tu!

Lebih luar biasa lagi, pihak KRU turut berjaya memujuk, Datin Sri Nur Shahida yang merupakan isteri kepada usahawan kosmetik itu untuk berduet menerusi ‘Abang Nak Tegur’ versi 2.0.

Video versi kedua itu meraih sebanyak satu juta penonton dalam masa 24 sahaja. Power tu beb!

“ Komitmen dan semangat Dato Aliff, Nur Sajat dan Datin Shahida sememangnya tak perlu dipertikaikan lagi.

“ Ini merupakan kali pertama dalam sejarah pengurusan kami sendiri apabila lagu terbitan kami ditonton satu juta penonton dalam sehari. Saya sendiri bangga dengan pencapaian ini,” kata Dato Norman Abdul Halim di Majlis Pelancaran ‘Abang Nak Tegur’ di Flora Terrace, sebentar tadi.

Tambah Norman, beliau tak menafikan populariti Aliff dan Nur Sajat di sosial media juga menjadi tarikan orang ramai untuk menonton.

“ Pengaruh mereka di laman sosial banyak membantu lagu ini tular dengan cepat,” katanya.

Hingga kini, jumlah penonton ‘Abang Nak Tegur 2.0’ nyanyian Dato Aliff Syukri dan isterinya kini mencecah 2.5 juta selepas 5 hari dimuat naik di You Tube.

“ Pihak KRU sentiasa mencari pembaharuan dalam setiap karya dihasilkan dan sejak dulu lagi muzik kami melawan arus. Dengan gandingan formula baru, penonton sudah tentu mahukan kelainan,” katanya.

Norman memberitahu lagu ini bukanlah sebuah lagu ‘menjual’ produk atau sebagainya.

“ Kita kenal Dato Aliff sebagai seorang usahawan berjaya namun lagu ini bukanlah bertujuan ‘menjual’.

“ Abang Nak Tegur 2.0 adalah sebuah lagu ‘komersial cinta’ yang mana elemen usik mengusik antara pasangan bercinta,” katanya.

Bila disoal mengenai jumlah penonton yang menekan butang dislike, Norman menegaskan itu adalah hak individu untuk menyukai sesebuah lagu itu atau tidak.

“ Kita tak boleh paksa seseorang untuk suka lagu itu. Terpulang pada masing-masing,” akhirinya.

Apapun, kami daripada Xtra Viral bangga dengan seluruh team produksi kerana berjaya menghasilkan lagu dan klip video Abang Nak Tegur. Memang best lagu ni! Tak sabar rasanya nak tonton video klip itu nanti. Khabarnya akan siap pada Januari nanti. Sama-sama kita tunggu ok…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Fri, 5 Apr 2024
Featured Wed, 18 Jun 2025

Difitnah Terima Rawatan Dari Bomoh Thailand, Azharina Buat Laporan Polis – “Ini Serangan Terhadap Saya Sebagai Wanita”

Azharina bengang apabila individu tidak bertanggungjawab mendakwanya berjumpa bomoh di Thailand.

Featured Sun, 9 Jul 2023
Featured Fri, 28 Oct 2022
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

孙燕姿二宝生了! 2.79KG女儿

恭喜孙燕姿生二宝了!孙燕姿25日在新加坡产下 2.79 公斤的女宝宝。

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Ezzaty Abdullah Jadi Mak Ayam?

Ezzaty Abdullah kembali aktif dalam industri apabila baru-baru ini beliau sekali lagi terlibat dalam sebuah drama bersiri Iflix, KL Gangster Underworld. 

error: Content is protected !!