Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 31, 2023 @ 6:55pm

[VIDEO] Wow! Rozita Che Wan Dedah Saiz Pinggang Buat Netizen Tercengang – “Secekak Ja Saiz Pinggang Kami”

Selebriti jelita, Rozita Che Wan sering menjadi perhatian dek kerana perwatakannya yang bersahaja lagi-lagi apabila berbicara dalam loghat utaranya.

Terbaharu, pelakon yang gemar disapa Che Ta itu sekali lagi menjadi bualan peminat apabila memuat naik sebuah perkongsian di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Che Ta memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya yang tampil mengenakan busana serba biru.

Apa yang menarik perhatian adalah susuk tubuh badan Che Ta sangat langsing bak anak dara. Dan lebih mengejutkan, Che Ta berkongsi saiz pinggangya yang dikatakan hanya secekak.

“Pinggang kami saiz 22 inci hampa, secekak ja.

“Dia macam tak tau nak beza leher atau pinggang, hahahah!,” kongsinya.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, dia memaklumkan dirinya tidak mengamalkan diet bagi mendapatkan saiz tersebut sebaliknya hanya mengawal dalam pemakanan.

“Kalau ada yang tanya kami diet ka, takdak.

“Kami makan ja semua tapi berpada hampa,” ujar Che Ta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Tinjauan XTRA di ruangan komen tersebut mendapati rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Che Ta itu.

Malah ada yang seloroh menyatakan pinggang Che Ta ibarat kerengga.

ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta Tak Setuju Isteri Luah Masalah Rumah Tangga Di Media Sosial – “Berdosa Kalau Kita Aibkan Suami”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Jun 2018

Tahniah! PM New Zealand Cipta Sejarah

Ardern, 37 melahirkan anak sulungnya dan pasangan Clarke Gayford, 40, seberat 3.3 kilogram.

Featured Thu, 14 Oct 2021

Adele Umum Bakal Muncul Album Baru Bulan Depan

Penyanyi terkenal, Adele mengumumkan bahawa album baharunya yang berjudul 30 akan dilancarkan pada 19 November ini. Adele membuat pengumuman itu menerusi ‘tweet’ di Twitter semalam. “30 – November 19,” tulisnya ringkas. 30 – November 19 […]

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
error: Content is protected !!