Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 1, 2023 @ 3:50pm

“Dia Sentiasa Ada Untuk Saya, Begitu Juga…” – Selepas Setahun, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Sahkan Hubungan Kembali Bertaut

Umum mengetahui, pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson kini semakin rapat bersama seakan-akan hubungan mereka kembali bertaut semula.

Mendapatkan penjelasan tuan badan sendiri, Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi memaklumkan dia dan Amelia sangat selesa bersama.

Difahamkan, hubungan Aedy dan Amelia kembali bertaut rapat selepas setahun tidak berjumpa dan bekerjasama.

“Amelia sangat baik, kami pun sangat rapat dan sudah kenal lebih dua tahun. Saya tak tahu dia, tapi saya sangat serius mengenai hubungan ini.

“Saya sangat selesa dengan Amelia. Sebelum ini pun kami pernah jadi teman istimewa dan senang cerita, kami kembali bersamalah,” kongsi Aedy.

Aedy dan Amelia ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Rizman Ruzaini dan Hotel Shangri-La pada Jumaat.

Tambah Aedy, dia tidak mahu meletakkan harapan terhadap peminatnya namun dia benar-benar yakin dengan hubungannya bersama Amelia.

“Saya tak nak buat sesuatu kerana peminat suruh atau sebagainya. Hal ini jadi sebab kami betul-betul mengenali sesama sendiri dengan cara yang betul.

“Tapi tak salah pun untuk mereka berharap dan kalau tak jadi, jangan sedih pula. Kami buat yang terbaiklah untuk diri kami masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson berharap hubungannya bersama Aedy akan sentiasa kekal biarpun sebagai rakan karib.

“Saya memang akan sentiasa menjadi peminat terbesar Aedy. Saya harap apa-apapun, kami akan kekalkan hubungan antara kami selama-lamanya.

“Ini kerana, dia sentiasa ada untuk saya, begitu juga saya untuk dia. Terus-terang, itupun sudah cukup untuk kita harapkan daripada kawan-kawan yang kita ada,” ujarnya.

Terdahulu tular di media sosial memaparkan Aedy dan Amelia kelihatan mesra bersama dalam satu sesi fotografi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra Photoshoot Bersama, Ramai Sokong Amelia Henderson & Aedy Ashraf ‘Getback’ – “Finally Double A Together!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 Dec 2018

Wow! Jumpa Motor Semula Dengan Bantuan GPS Tracker?

Ekoran daripada GPS Tracker yang dipasang di motor lelaki ini, lambakan kenderaan lain turut dijumpai di tempat kejadian.

Featured Sun, 3 Jul 2022
Featured Tue, 16 Aug 2022

Cukup Sekadar Simbolik! Alif Satar Enggan Lakonkan Adegan Intim – “Saya Nak Pegang Tangan Pun…”

Bukan mahu ‘berlagak alim’ tapi Alif Satar mahu menghormati status sebagai suami dan bapa 😊

Kisah Viral Thu, 10 Nov 2022

Kesal Isu Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Selama 7 Hari, Menteri Pengangkutan Jelas Perkara Sebenar

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong meluahkan rasa kesal dan kecewa ekoran penutupan Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya selama tujuh hari bermula pagi Rabu, 9 November 2022. Beliau memohon maaf kepada orang […]

Featured Mon, 2 Dec 2024

“Ambil Seberapa Banyak Yang Awak Nak”- ‘Letak’ Kepercayaan Pada Khairul Aming, Pemilik Mydin Tawar Bantuan Buat Mangsa Banjir

Datuk Ameer Ali Mydin memberi kepercayaan penuh kepada anak muda asal Kelantan itu dalam usaha membantu penduduk yang terjejas akibat banjir.

Hiburan Mon, 5 Aug 2024

“Status Hubungan Dengan Jazmy Juma Biarlah Rahsia” –  Scha Elinnea

Dia ambil berat tentang saya, penyayang dan sangat lemah lembut – Scha Elinnea

error: Content is protected !!