Hiburan By: Fatin Nurain April 3, 2023 @ 3:35pm

Isteri ND Lala Akhirnya Fail Cerai

Isteri kepada pelakon dan penyanyi Datuk ND Lala, Datin Fauziah Sarman menyatakan dirinya telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.

Menurut Fauziah, dia tidak tahu bila ND menikahi wanita yang dikenali Siti Munirah Abd Ghani itu dan meminta pihak media mengajukan soalan tersebut kepada suaminya yang juga bapa kepada Shila Amzah.

“Tak tahu. Lebih baik tanya pada abang ND sendiri. Dia yang tahu,” katanya kepada Harian Metro.

Memetik laporan Harian Metro, Fauziah juga telah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat bersama adiknya, Effi untuk menguruskan urusan berkenaan, namun diminta ke mahkamah untuk berbuat demikian.

Enggan mengulas isu tersebut dengan lebih lanjut, Fauziah bagaimanapun menyatakan dirinya tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian.

“Entahlah, tak boleh nak cakap,” katanya.

Dalam pada itu, Effi turut menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh kakaknya agak sukar untuk dilakukan memandangkan usia perkahwinannya sudah lama terbina.

“Usia perkahwinan mereka 34 tahun. Sayang mesti sayang dengan rumah tangga yang dah lama. Tapi, itulah keadaan mungkin, kita tak tahu kan macam mana. Doakan yang baik-baik saja.

“Saya dan kakak ada di sini hari ini secara tiba-tiba. Kakak saya pun sebenarnya berat nak buat keputusan macam ini. Tapi, itulah hati perempuan kan,” katanya.

Sebelum ini, Fauziah tampil mendedahkan wajah wanita tersebut yang didakwa telah berkahwin dengan suaminya, ND di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seakan Sahkan Spekulasi Krisis Rumah Tangga, Isteri ND Lala Dedah Wajah Penyondol Di Instagram?

Namun, Fauziah telah pun mengemas kini hantaran tersebut diiringi kapsyen berbaur sindiran sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai dakwaan suaminya telah berkahwin lagi satu, sebelum ini.

“Isteri Dato’ ND Lala… Datin Siti Munirah Abd Ghani,” tulisnya.

Enggan berdiam diri, Shila turut menyatakan bahawa isteri baru bapanya itu juga merupakan rakan baiknya ketika bersekolah dahulu.

Malah, Shila juga memohon ruang untuk menyelesaikan masalah tersebut dan enggan mengulasnya dengan lebih lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Perkara Lama Yang Dirindukan, Tapi Tak Dapat Berulang Kembali” – Status Isteri ND Lala Cetus Tanda Tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Disondol Rakan Baik? Shila Amzah Kekal Kunci Mulut, Mohon Beri Masa & Ruang

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Apr 2024
Hiburan Wed, 21 Aug 2019

刘德华演唱会创新纪录!成为大马有史最庞大室内舞台制作

刘德华《My Love世界巡回演唱会‧吉隆坡站 2019》舞台制作创大马新纪录!打造大马演唱会历史中最庞大的360°投影天幕,以及前所未见的飞人吊挂、超过50米圆周的路轨及60组升降机械。 

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Trending Fri, 27 Mar 2020