Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 4, 2023 @ 8:37pm

Johan As’ari Sedih Ujian Rumah Tangga Farid Kamil & Diana Danielle – “Farid Nampak Ikhlas…Dia Banyak Menangis”

Pelakon Johan As’ari sebelum ini ada memuat naik momen dia dan pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle ketika menunaikan ibadah umrah, Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Johan As’ari Kongsi Momen Bersama Farid Kamil & Diana Danielle Ketika Tunai Umrah – “Sayang Mereka Semua…”

Terbaharu, memetik laporan Harian Metro, Johan mengakui terkejut dan sedih dengan berita keretakan rumah tangga pasangan tersebut.

“Saya nampak Diana juga memeluk Farid dan mereka kelihatan seperti keluarga yang bahagia sepanjang kami di Makkah.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku dan mendoakan mereka tidak berpisah dan dapat berbaik semula,” katanya.

Johan antara individu yang membantu Farid sekeluarga di tanah suci ketika menunaikan umrah.

Tambah pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu lagi, dia memaklumkan Farid banyak mengalirkan air mata ketika membuat ibadah di sana.

“Saya yang menemani Farid buat rukun umrah iaitu tawaf dan saie. Farid nampak sangat ikhlas ketika buat ibadah dan menyentuh hati saya. Dia banyak menangis ketika tawaf dan setiap kali buat umrah.

“Ketika masuk Raudhah, Farid tidak putus melakukan solat dan menangis ketika rukuk dan sujud. Sayalah yang menjadi saksi semua itu,” katanya.

Dalam pada itu, Johan turut menceritakan Farid ada memuji Diana dan menyifatkan pelakon Remp-it tu adalah seorang suami dan bapa yang bagus kepada keluarganya.

“Farid juga memuji Diana sebagai isterinya dan membenarkan Diana untuk melakukan ibadah dengan tenang di Tanah Suci.

“Apa yang saya nampak di sana, Farid suami yang bagus, ayah yang baik dan tegas dengan anak-anak,” katanya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

Yana Samsudin Terkejut Anak Buat ‘Hal’ Lagi

Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak adalah ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan.

Featured Tue, 15 Nov 2022

“Menggelabah Kemas Rumah!” – Prank Ibu Mertua Datang Mengejut, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Harris Annuar & Isteri 

Siapa yang akan jadi menggelabah jugak bila ibu/ayah mertua nak datang rumah? 🤣🤣 Comel je pasangan sejoli niii 🤣🤣

Featured Thu, 30 Apr 2020

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

5 kes baharu dikesan di Bumi Kenyalang

Events Fri, 18 Jul 2025
Hiburan Thu, 25 Jul 2019

‘Hormati Privasi Saya, Kekasih’- Syafiq Kyle

Kalau boleh, saya memilih untuk tidak mencampur adukkan hal peribadi dan kerjaya.

Featured Tue, 7 Aug 2018
Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Bosan Gerak Solo, Black Hanifah Tubuh Kumpulan?

Apa pun, jangan lupa saksikan Black dan protegenya, Aedy dan Bulan setiap Ahad jam 9 malam di TV3 okay! 

error: Content is protected !!